SharpShooter Followers

Tuesday, July 14, 2015

Luahan hati ANAK.....

YB DATUK SERI DR.WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAJANG
No.17, Tingkat 1
Jalan Metro Avenue 1
Metro Avenue
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

YB Datuk Seri,
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SOLIDARITI BUAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI) 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Salam Eidulfitri 1436 kepada YB Datuk Seri.

ANAK ingin merakamkan ucapan takziah ke atas apa yang menimpa DSAI ketika ini. DSAI yang telah dipenjarakan dan diaibkan melalui konspirasi terancang ketika ini melalui keadaan getir 'bertarung' menjalani kehidupan dibalik 'tabir besi'.

ANAK tidak pernah lupa bagaimana kebangkitan rakyat yang diketuai oleh DSAI ketika zaman reformasi 1998 berjaya 'menyedarkan' hampir 80 peratus rakyat terutamanya dikalangan orang melayu betapa UMNO/BN sebenarnya zalim & menindas rakyat. Penyelewengan & pecah amanah begitu berleluasa.

Dan tidak salah kalau dikatakan, ANAK juga mendapat 'benefit' daripada 'tempias' era reformasi. Kerja buat ANAK menjadi lebih mudah untuk 'menyelusup' masuk dikalangan peneroka Felda & generasi kedua Felda. Oleh itu, adalah tidak wajar kalau jasa DSAI dilupakan begitu sahaja.

DSAI juga merupakan tokoh penting dalam 'pembinaan' Pakatan Rakyat (PR). Mengambil kira sokongan rakyat ketika itu, DSAI bijak mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyusun strategi & kerjasama untuk menjatuhkan UMNO/BN.

ANAK berharap agar YB Datuk Seri tabah dalam menghadapi ujian ini. Bukan calang-calang manusia yang bergelar isteri yang mampu menempuh dugaan sehebat ini. Begitu juga dengan anak-anak YB Datuk Seri yang cekal menghadapi kehidupan terpisah dengan ayah tercinta dan diaibkan dengan sebegitu rupa. Tambahan pula eidulfitri yang akan menjelang tiba.

ANAK juga berdoa agar DSAI segera sembuh dan diberikan kesihatan yang terbaik. Semoga Allah swt makbulkan doa kami seperti mana hadits dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do'a, akan dikabulkan." (HR. Al Bazaar)

Sekian,

'MENERAJUI PERUBAHAN'

Yang benar;

               
...................................
MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden