SharpShooter Followers

Monday, June 10, 2013

505 Padang Merbok diteruskan....



Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini kekal sebagaimana dirancang, kata Pengarah Stratgei KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, himpunan itu tetap diteruskan meskipun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tiada kebenaran diberi kepada Pakatan Rakyat.

“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan. Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan membuat beberapa perbincangan dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.

“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini. Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok,” tambah Rafizi

Sementara itu, Timbalan presiden Pas Mohamad Sabu berkata parti itu memutuskan untuk menyertai perhimpunan ‘Black 505′ anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Mat Sabu berkata, jawatankuasa Pas pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan dalam pilihan raya 5 Mei.

“Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam himpunan berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/