SharpShooter Followers

Monday, May 06, 2013

PR tolak keputusan PRU 13

Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.

"Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten dengan trend pengundian semasa," katanya pada sidang media tengah malam tadi..

Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.

"Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.

"(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan," katanya.

"SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country)," katanya lagi.

Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone