SharpShooter Followers

Friday, March 08, 2013

Isu Lahad Datu : Anwar saman Utusan dan TV3 RM100 juta

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 Malaysia Bhd, berikutan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

"TV3 dan Utusan pada 2 Mac mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Anwar, kononnya beliau 'dalang' di sebalik pencerobohan Lahad Datu. Kenyataan ini amat serius dan palsu tanpa ada bukti," kata Surendran kepada media.

Utusan sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan 'Tiga kumpulan jadi dalang' dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.

TV3 pula menggunakan istilah 'dalang' ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.

"Tuduhan itu berkaitan keselamatan negara dan fitnah terhadap Anwar adalah percubaan untuk menipu rakyat. Kita memandang kenyataan tersebut sebagai kenyataan Umno," jelas Surendran.

"Ia kerana Utusan dimiliki Umno, wakil Datuk Seri Najib Razak duduk dalam lembaga pengarah Utusan. Perdana Menteri bertanggungjawab penuh terhadap fitnah itu. Kerajaan perlu berhenti mempolitikkan isu Lahad Datu dan mengaitkan Anwar," tegasnya.

Anwar pada 4 Mac lalu melalui notis tuntutan 24 jam menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, dan ganti rugi masing-masing RM100 juta.

Pada 6 Mac, TV3 meminta untuk menangguh jawapan kepada notis itu kepada dua minggu sementara Utusan pula tidak menyatakan tempoh.

"Kami tidak respon terhadap permintaan untuk tangguh oleh TV3 dan Utusan. Kami respon dengan memfailkan saman. Hari ini sudah hampir seminggu sejak notis diberikan kepada mereka," kata Latheefa.

"TV3 pula masih menyiarkan laporan mengaitkan Anwar dalam insiden Lahad Datu dan itu menunjukkan mereka tidak serius dengan notis yang kita berikan," katanya lagi.

Anwar turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta injunksi menghalang kesemua defendan dari menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Turut dinamakan sebagai defendan, pengarang utama Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; pengarah kumpulan TV3, Datuk Shaharuddin Abdul Latiff dan editor berita TV3, Ing Boon Seng


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone