SharpShooter Followers

Thursday, February 14, 2013

#tanyarosmah Kenapa video diedit?

Pengampu Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

SKRakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.

“Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.
gangnam
“Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.

“Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno  suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka,” katanya.

Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.

Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/