SharpShooter Followers

Tuesday, February 19, 2013

SPR TIPU DAFTAR PEMILIH - @fuziah99

OPERASI PENIPUAN PENDAFTARAN PEMILIH BARU.

Akhbar utama melaporkan minggu lepas bahawa ada peningkatan mendadak melibatkan pengundi baru di seluruh negara.

SPR tidak melihat  perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa dengan mengatakan sebelum ini bahawa walaupun ramai pengundi baru di daftarkan, masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Pada hari ini Parti Keadilan Rakyat ingin mendedahkan rahsia disebalik peningkatan pemilih baru yang begitu mendadak.  Bahawa jumlah yang sebegitu tinggi dikalangan pengundi baru itu ada menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah  Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Akta 5.

Aduan yang pihak PKR terima setakat ini, cukup bukti untuk mengheret penolong-penolong pendaftar dan juga SPR ke mahkamah sekiranya didapati sah SPR bersekongkol dengan penolong pendaftar tersebut.

Kami dapati pemilih-pemilih telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, yang membawa maksud, penolong pendaftar telah membawa kenyataan permohonan pendaftaran pemilih palsu. Ini jelas bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Sect 3(1) (a) di bawah Kesalahan oleh mana-mana orang, yang berbunyi seperti berikut :-

"Mana-mana orang yang (a) dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
..........................
Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya...."

Aduan yang kami terima melibatkan pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka adalah dari pelbagai latarbelakang.

1) Pemilih merupakan pelajar diluar negara telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

2) Pemilih cukup umur telah di daftarkan tanpa pengetahuan mereka.

3) Orang dewasa yang tidak pernah mendaftar telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

4) Ahli Puteri Umno didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

Di dalam kes-kes di atas, pihak yang mendaftar telah melakukan kesalahan jenayah mengikut Akta Kesalahn Pilihanraya Sect 3(1)(a) dan boleh dihukum sekiranya didapati bersalah. SPR juga harus perjelaskan bagaimana hal ini boleh berlaku.

Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori diatas dengan segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR atau melalui wakil2 kami.

Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan mereka, sila ambil langkah-langkah berikut.

1) Pergi ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka. Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.

2) Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis keatas pendaftar yang telah melakukan kesalahan tersebut.

3) Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini.

Saya pohon semua warga Malaysia yang mahukan pilihanraya yang adil dan bebas supaya  sebar luas perkara ini dan sama-sama kita bantu banteras penipuan ini.

Saya juga menyeru semua NGO dan semua badan pemerhati pilihanraya untuk terlibat sama didalam kempen mengheret pesalah-pesalah ini ke muka pengadilan.

Saya juga ingin tegaskan supaya SPR beri segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih. Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh BN.

Orang ramai boleh menghantar aduan kepada  <aduanspr.pkr@gmail.com>

Sama-sama kita benteras jenayah penipuan pilihanraya ini.

 
Fuziah Salleh
Ahli Palimen Kuantan



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/