SharpShooter Followers

Friday, December 14, 2012

LAPORAN SPRM DAN POLIS TELAH DIBUAT, BERANIKAH MEREKA JALANKAN SIASATAN?

PENGAKUAN DAN PENDEDAHAN DEEPAK JAIKISHAN : JINGGA 13 BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DATUK SERI NAJIB RAZAK , DATIN SERI ROSMAH MANSOR , DATUK MOHAMAD NAZIM RAZAK DAN SPRM

JINGGA 13 tampil ke Balai Polis bagi tujuan membuat laporan rasmi tehadap pengakuan dan pendedahan Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan iaitu penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam , bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
Pendedahan dan pengakuan Deepak Jaikishan ternyata relevan dan tidak bercanggah dengan pendedahan yang pernah dibuat oleh P. Balasubramaniam sebelum ini , malah lebih sempurna,  lengkap serta melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Mohamad Nazim Razak dalam usaha menukar Akuan Bersumpah Pertama kepada Akuan Bersumpah Kedua .

Deepak juga turut membuat pendedahan bahawa menamakan seorang adik Perdana Menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Bukan sahaja Deepak dan Datuk Mohamad Nazim Razak terlibat dalam usaha menukar Akuan Sumpah serta merasuah P.Balasubramniam tetapi turut melibatkan ramai individu. Malah penglibatan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis. Satu tindakan salahguna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka. Pendedahan dan pengakuan yang di buat oleh Deepak ternyata serius dan turut melibatkan kredibiliti dan integriti yang ternyata jijik dan kotor dalam usaha SPRM untuk bertindak menutup kes tersebut .

Justeru satu siasatan terhadap pasukan penyiasat SPRM yang menangani kes tersebut wajar dilakukan tanpa prejudis oleh pihak polis yang ternyata bertindak menutup jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan semua yang terlibat . Pendedahan Deepak juga turut menyatakan bahawa objektif bukan sahaja bertujuan untuk menutup Akuan Sumpah yang di buat oleh P.Balasubramaniam tetapi bahawa bertujuan menyekat pendedahan yang lebih besar .

Siasatan wajar di buat berkaitan kenyataan dan pendedahan Deepak bahawa “Banyak orang melihat Akuan Bersumpah (SD) 1 dan SD 2 . Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3 . Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar , seorang yang terlibat secara langsung , direct involve , dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu sangat serius “.

Siapakah orang tersebut yang terlibat secara langsung ( direct involve ) dalam kes jenayah yang turut melibatkan pembunuhan Alyantuya Sharibuu ? MENDESAK agar Peguam Negara membuka kembali perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang ternyata wujud elemen baru yang berkaitk dengan pengakuan dan pendedahan Deepak bahawa wujud saksi yang terlibat secara langsung ( direct involve ) dalam kes pembunuhan Altantuya .

JINGGA 13 MENDESAK agar siasatan SPRM yang telah ditutup sebelum ini dibuka semula dan diberikan tanggungjawab kepada pegawai-pegawai SPRM yang benar-benar telus, berani dan professional menjalankan siasatan kes tersebut . JINGGA 13 meminta agar pihak polis menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan siasatan mengikut prosedur sepertimana diambil oleh orang awam dan tidak bertindak dwi-standard apabila melibatkan seorang VVIP sedangkan kes ini adalah berprofil tinggi dan perlu ditangani dengan profesional tanpa mengira siapa.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13 Malaysia

Email : jingga13malaysia@gmail.com

 LAP0RAN POLIS JINGGA 13

Saya FARIZ MUSA No. Kad Pengenalan XXXXXX-XX-XXXX dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut : Saya pada 13 Disember 2012 telah membaca dua artikel dalam http://bm.harakahdaily.netberjudul “Bom dari Deepak : SD 2 bala sekat hal lebih besar “ bertarikh 12 Disember 2012 dan http://www.keadilandaily.com bertarikh 12 Disdember 2012 berjudul “Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar” serta membaca laporan berjudul “ Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala” oleh http://www.malaysiakini.com/news/216566 .

Dalam kedua-dua artikel tersebut disiarkan secara terperinci kenyataan dan pendedahan seorang Ahli Perniagaan bernama Deepak Jaikishan iaitu penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua(SD 2) P Balasubramaniam , bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu sahaja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar. Di dalam artikel tersebut juga Deeapak Jaikishan telah mengaku bahawa beliau telah dihubungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor ( isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ) melalui telefon dan meminta agar Deepak mencari jalan menyelesaikan masalah beliau serta telah meminta agar Deepak datang ke rumah beliau sekarang dan berjumpa dengan suami beliau ( Datuk Seri Najib Razak ) serta biar Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan .

Deepak telah mengaku bercakap dan bertemu dengan Datuk Seri ( Najib Razak ) di Sri Satria ( kediaman Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ) . Deepak mengaku bahawa beliau telah memaklumkan kepada Datuk Seri ( Najib Razak ) bahawa orang ini ( P.Balasubramaniam ) tidak mahu berjumpa dan berkata beliau sudah buat SD yang benar dan tidak mahu berjumpa dengan Deepak . Datuk Seri ( Najib Razak ) setelah membincang dengan seorang lawyer dan adik beliau ( juga seorang lawyer ) melalui telefon telah mengarahkan Deepak supaya mencari jalan untuk berjumpa dengan P.Balasubramaniam dan mencari jalan supaya P.Balasubaramaniam besetuju batalkan SD beliau .

Datuk Seri Najib Razak juga telah mencadangkan agar adik beliau iaitu Datuk Nazim Razak untuk berjumpa dengan P.Balasubramaniam . Dan pertemuan berlaku antara Deepak dengan P.Balasubaramaniam di sebuah Restoran Cina yang juga dihadiri oleh sepupu Deepak dan seorang pegawai polis bekas D9 bernama Suresh . Deepak juga mendedahkan bagaimana perbincangan berkaitan SD 2 dan cadangan keluarkan P.Balasubramaniam daripada Malaysia dan sekiranya mahu kekal di Malaysia , tidak ada isu kerana kerajaan bersama beliau .

Dalam artikel tersebut juga , Deepak mengaku telah bertemu Datuk Nazim Razak bersama Isteri beliau ( Nor Juma ) di The Curve , Mutiara Damansara . P.Balasubramaniam tidak mahu berjumpa Deepak kerana Deeapak tidak akan mampu menyelesaikan segala kuasa untuk melindungi beliau dan memenuhi keperluan kewangan yang beliau minta .

P.Balasubramaniam telah berbincang dengan Datuk Nazim Razak di mana permintaan P.Balasubramaniam untuk mendapatkan sedikit wang , dilindungi dan mahu meninggalkan Negara . Dalam perbincangan tersebut , Datuk Mohamad Nazim Razak telah bersetuju dan berjanji dengan P.Balasubramaniam dengan syarat beliau menukar SD . Dalam laporan Malaysiakini berjudul “ Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala” juga turut menyatakan bahawa Datuk Nazim Razak iaitu adik kepada Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak telah bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Deepak memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah memilih seorang peguam dan anak beliau untuk menyiapkan segala dokumen iaitu SD 2. Sehingga sekarang masih beluam dikenalpasti siapakah peguam tersebut dan anak beliau yang manakah terlibat . Malah peguam tersebut telah datang ke KL Hilton iaitu tempat di mana P.Balasubramaniam ditempatkan untuk membuat SD dan P.Balasubramaniam menandatangani SD 2 tersebut .

Deepak dalam kenyataan beliau memaklumkan bahawa peguam yang mereka SD 2 tidak mahu bersama P.Balasubramaniam dan tidak mahu dikaitkan nama beliau. Maka Deepak telah menghubungi peguam bernama Arulapalam yang tidak terlibat membuat SD 2 tersebut untuk hanya hadir berada di sebelah P.Balasubramaniam sewaktu Sidang Media di buat di Prince Hotel . Dalam pengakuan Deepak bahawa wujud seorang yang terlibat dalam kes pembunuhuan Altantuya di mana beliau sudah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar .

Deepak mendedahkan bahawa wujud satu ‘faction’ UMNO yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri di mana seorang daripada ahli kumpulan tersebut akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan beliau melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarahkan orang tersebut . Ternyata sepertimana pendedahan Deepak bahawa objektif menukar SD 1 oleh P.Balasubramaniam ialah bertujuan menyekat dan menghentikan langkah seterusnya yang akan mendedahkan perkara yang lebih besar . Iaitu kebenaran yang akan keluar di mana seorang yang terlibat secara langsung ( direct involve ) yang bersedia untuk membuat SD dan dedahkan siapakah yang arahkan beliau dan beliau telah diarahkan oleh siapa .

Deepak telah memaklumkan bahawa SPRM telah memanggil beliau untuk disiasat , tetapi beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut , dan tiada tindakan diambil. Siasatan harus dibuat oleh pihak polis terhadap pasukan penyiasat SPRM kes tersebut . Justeru , saya memohon agar satu siasatan secara menyeluruh , telus dan profesional terhadap kes tersebut oleh pihak polis dengan segera dan mengikut prosedur sepertimana dilakukan oleh orang awam dan bukannya bertindak dwi-standard. Untuk rakyat biasa prosedurnya lain , dengan VVIP caranya lain.

Ternyata Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor , Datuk Mohamad Nazim Razak dan ramai lagi terlibat dalam kes tersebut yang perlu diambil tindakan dan pendakwaan berdasarkan peruntukan undang-undang serta dihadapkan ke muka pengadilan .

Saya yang benar ,


FARIZ MUSA XXXXXX-XX-XXXX
Tarikh : 14 Disember 2012



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/