SharpShooter Followers

Thursday, December 27, 2012

Jangan fitnah isu batu nisan - Hj Malik Kassim

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN MASALAH PERKUBURAN ISLAM

Perkara membabitkan soal agama lebih-lebih lagi fitnah tidak sewajarnya dipolitikkan mana-mana pihak.  Ia bukan sahaja perbuatan keji yang boleh mencetuskan api perkauman, malah  boleh mendatangkan musibah lebih besar dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.  Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa melayani keperluan rakyat secara adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Keperihatinan ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan masalah kesesakan tanah perkuburan Islam Jelutong yang membelenggu umat Islam negeri ini sejak 13 tahun. Dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, kerajaan negeri telah berjaya dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran tanah kubur tersebut.   

Namun ada pihak cuba menafikan kejayaan itu, dengan cuba memutarbelit isu tanah perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam yang kononnya telah diceroboh oleh pemaju untuk projek perumahan. Golongan berkenaan cuba membangkitkan api kebencian kaum serta agama dan cuba menuding jari kepada kerajan negeri. 

Hakikatnya, siasatan pihak berkuasa mendapati tidak ada sebarang pencerobohan atau pelanggaran sempadan tanah perkuburan oleh pemaju.  Tembok yang dibina pemaju adalah di atas tapak asal pagar lama sempadan yang wujud sejak sekian lama.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP), Majlis Agama Islam (MAINPP), Jabatan Mufti, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa pihak berkuasa telah mengadakan pertemuan dengan pihak Pemaju, Qaryah Masjid,  JKKK dan waris pada 21 Disember lalu.
Difahamkan terdapat  batu nisan lama telah 'hilang' dipercayai akibat tanah mendap dan hakisan. Terdapat juga batu-batu nisan lama yang diletakkan di tepi pagar sejak bertahun lalu, dipercayai selepas diganti dengan batu-batu nisan baru oleh waris. (Disertakan foto bertarikh 22 Jun 2010 sebelum pemaju memulakan projek berkenaan pada tahun 2011 ).

Bagaimanapun, seorang waris mendakwa batu nisan keluarganya telah hilang, dan bercadang untuk menyelesaikannya melalui saluran perundangan, meskipun pemaju telah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta bersedia menanggung tuntutan gantirugi daripada waris. 

Dalam masa yang sama kerajaan negeri akan bertindak  tegas kepada mana-mana pemaju dan kontraktor yang melanggari syarat pihak berkuasa terutama yang membabitkan kepentingan umat Islam,  berkaitan tanah wakaf, kubur atau masjid.     

Saya berkeyakinan isu berkenaan boleh diselesaikan secara baik melalui rundingan berhemah tanpa dipengaruhi oleh emosi keterlaluan dan termakan hasutan pihak tertentu yang berniat menangguk di air keruh bagi mensasikan isu tersebut.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, December 21, 2012

Ikuti live Majlis Penghargaan dan Anugerah JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang

Ikuti siaran secara langsung Majlis Penghargaan dan Anugerah JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang di www.ustream.tv/channel/mediapenang


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, December 19, 2012

Kecoh - Jingga 13 terjah SPR Sabah


Jingga 13 telah menyerahkan memorandum mendesak agar Aksyah Nasrah , Timbalan Pengarah Operasi SPR Sabah meletakkan jawatan dengan segera . kami tiba ke pejabat SPR cawangan Sabah jam 12 tgh. sampai kami di pejabat SPR Cawangan Sabah , pintu utama pejabat tersebut telah dikunci dan tidak membenarkan kami masuk sedangkan waktu tersebut masih lagi waktu operasi pejabat dan tertera sehingga jam 1 tgh barulah waktu berehat sebelum disambung ke jam 2 ptg.

Dalam hampir 10 minit datang seorang pegawai ke pintu utama , dan kami maklumkan kehadiran untuk menghantar memorandum . Barulah pintu dibuka dan kehadiran seorang pegawai bernama MOHD. ISHAK AMIR HUSSIN , Timbalan Pengarah 1 untuk menerima memorandum kami . 

Difahamkan oleh pegawai SPR di situ bahawa Aksyah sedang bercuti sehingga ke hujung tahun ini , Malangnya pegawai tersebut telah besikap kasar terhadap rombongan kami dan sedikit kekecohan telah berlaku. Akhirnyas beliau telah menerima memorandum kami dan selepas itu kami bersurai .

MEMORANDUM MENDESAK TIMBALAN PENGARAH OPERASI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) SABAH, AKSYAH NASRAH MELETAKKAN JAWATAN

JINGGA 13 MENDESAK AGAR SDR AKSYAH NASRAH , TIMBALAN PENGARAH OPERASI SURUHANJAYA ( SPR ) SABAH MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEGERA KERANA BELIAU TIDAK LAYAK MENDUDUKI JAWATAN TERSEBUT KERANA BELIAU PERNAH MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KETUA PENERANGAN , PERGERAKAN PEMUDA UMNO KINABATANGAN WALAUPUN SUDAH MELETAKKAN JAWATAN SEPERTIMANA PENGAKUAN BELIAU .

KENYATAAN BELIAU JUGA TIDAK MENAFIKAN SEHINGGA KINI MASIH MENJADI AHLI UMNO , MALAH PERNAH MENJAWAT JAWATAN PENTING DALAM UMNO , MEMBUKTIKAN BELIAU TIDAK LAYAK MENJAWAT JAWATAN DALAM SURUHANJAYA PILIHANRAYA YANG SEWAJIBNYA BEBAS DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK AGAR DIYAKINI SERTA KREDIBILITI DAN INTEGRITI BELIAU TIDAK DIRAGUI .

BAGAIMANA SEORANG YANG MENJADI AHLI UMNO SERTA PERNAH AKTIF MEMJAWAT JAWATAN KANAN DALAM PERGERAKAN PEMUDA UMNO KINABATANGAN DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI SURUHANJAYA PILIHANRAYA ? SATU PERSOALAN YANG WAJAR DIPERJELASKAN OLEH PIHAK SURUHANJAYA PILIHANRAYA YANG SEWAJIBNYA BERSIKAP TELUS, BERSIH , BEBAS DAN PROFESIONAL .

SDR AKSYAH NASRAH WAJAR BERSIKAP PROFESIONAL DAN TERBUKA BAHAWA BELIAU ADALAH TIDAK WAJAR MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH OPERASI SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR ) DISEBABKAN BELIAU MEMPUNYAI ‘KEPENTINGAN’ DAN KREDIBELITI DAN INTEGRITI SUDAH DIRAGUI UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH OLEH RAKYAT .

TIDAK ADA SATU KAYU UKUR YANG BOLEH MENILAI SIKAP SDR AKSYAH NASRAH YANG AKAN BERTINDAK BEBAS DAN PROFESIONAL WALAUPUN APA JUA KENYATAAN YANG DIBUAT BAGI MENAFIKAN SEBARANG KEPENTINGAN ATAU SUDAH BERATUS KALI MELETAKKAN JAWATAN POLITIK TERSEBUT .

JUSTERU , ATAS KEPERIHATINAN TERSEBUT JINGGA 13 MENDESAK AGAR SDR AKSYAH NASRAH BEKAS KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO KINABATANGAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI SPR DENGAN SEGERA SEKIRANYA BELIAU SEORANG YANG BERMARUAH , BERPRINSIP DAN BERTANGGUNGJAWAB .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

JINGGA 13 MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

JINGGA 13 MENDESAK AGAR SDR AKSYAH NASRAH , TIMBALAN PENGARAH OPERASI SURUHANJAYA ( SPR ) SABAH MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEGERA

JINGGA 13 MENDESAK AGAR SDR AKSYAH NASRAH , TIMBALAN PENGARAH OPERASI SURUHANJAYA ( SPR ) SABAH MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEGERA kerana beliau tidak layak menduduki jawatan tersebut . Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan , Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan walaupun sudah meletakkan jawatan sepertimana pengakuan beliau .

Kenyataan beliau juga tidak menafikan sehingga kini masih menjadi ahli UMNO , malah pernah menjawat jawatan penting dalam umno , membuktikan beliau tidak layak menjawat jawatan dalam Suruhanjaya Pilihanraya yang sewajibnya bebas daripada mana-mana parti politik agar diyakini serta kredibiliti dan integriti beliau tidak diragui .

Bagaimana seorang yang menjadi ahli umno serta pernah aktif memjawat jawatan kanan dalam pergerakan pemuda UMNO Kinabatangan dilantik sebagai Pegawai Kanan Suruhanjaya Pilihanraya ? Satu persoalan yang wajar diperjelaskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya yang sewajibnya bersikap telus, bersih , bebas dan profesional.

Sdr Aksyah Nasrah wajar bersikap profesional dan terbuka bahawa beliau adalah tidak wajar menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Operasi SPR Sabah disebabkan beliau mempunyai ‘kepentingan sebagai ahli UMNO’ dan kredibeliti dan integriti sudah diragui untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah oleh rakyat .

Tidak ada satu kayu ukur yang boleh menilai sikap Sdr Aksyah Nasrah yang akan bertindak bebas dan profesional walaupun apa jua kenyataan yang dibuat bagi menafikan sebarang kepentingan atau sudah beratus kali meletakkan jawatan politik tersebut .

Justeru , atas keperihatinan tersebut JINGGA 13 mendesak agar Sdr Aksyah Nasrah bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kinabatangan meletakkan jawatan sebagai pegawai spr dengan segera sekiranya beliau seorang yang bermaruah , berprinsip dan bertanggungjawab .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 MALAYSIA




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, December 14, 2012

KEJAM - Video bapa tiri dera kanak-kanak



Binatang pun tahu jaga anak dan sayang anak, mengapa manusia lebih teruk dari binatang?

SHAH ALAM — Polis menahan ibu tiri kanak-kanak lelaki yang didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook kira-kira pukul 10 malam semalam, di Taman Meru Indah, Klang. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md. Isa berkata, wanita berkenaan ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan setelah kenyataannya direkod.

"Wanita berusia 20 tahun itu merupakan individu yang merekod klip video ketika mangsa dikasari suspek, yang turut berada bersama suspek dan mangsa ketika kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Rusdi berkata, polis telah memanggil dan mengambil kenyataan ibu kandung mangsa, berumur 29 tahun yang merupakan isteri tidak berdaftar suspek, berhubung kes itu. Beliau berkata, sehingga kini, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan.

Katanya, kes penderaan kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun itu dipercayai berlaku dua bulan lepas dan klip video kejadian mula tersebar selepas seorang individu memuat naik ke laman Facebook sejak semalam. Semalam, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun, bapa tiri kepada mangsa di rumahnya di Taman Mas, Kapar di Klang selepas menerima laporan seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu. — BERNAMA



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jom ke Wacana Wakaf 2 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat bersama Sivaji The Bos





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

LAPORAN SPRM DAN POLIS TELAH DIBUAT, BERANIKAH MEREKA JALANKAN SIASATAN?

PENGAKUAN DAN PENDEDAHAN DEEPAK JAIKISHAN : JINGGA 13 BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DATUK SERI NAJIB RAZAK , DATIN SERI ROSMAH MANSOR , DATUK MOHAMAD NAZIM RAZAK DAN SPRM

JINGGA 13 tampil ke Balai Polis bagi tujuan membuat laporan rasmi tehadap pengakuan dan pendedahan Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan iaitu penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam , bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
Pendedahan dan pengakuan Deepak Jaikishan ternyata relevan dan tidak bercanggah dengan pendedahan yang pernah dibuat oleh P. Balasubramaniam sebelum ini , malah lebih sempurna,  lengkap serta melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Mohamad Nazim Razak dalam usaha menukar Akuan Bersumpah Pertama kepada Akuan Bersumpah Kedua .

Deepak juga turut membuat pendedahan bahawa menamakan seorang adik Perdana Menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Bukan sahaja Deepak dan Datuk Mohamad Nazim Razak terlibat dalam usaha menukar Akuan Sumpah serta merasuah P.Balasubramniam tetapi turut melibatkan ramai individu. Malah penglibatan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis. Satu tindakan salahguna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka. Pendedahan dan pengakuan yang di buat oleh Deepak ternyata serius dan turut melibatkan kredibiliti dan integriti yang ternyata jijik dan kotor dalam usaha SPRM untuk bertindak menutup kes tersebut .

Justeru satu siasatan terhadap pasukan penyiasat SPRM yang menangani kes tersebut wajar dilakukan tanpa prejudis oleh pihak polis yang ternyata bertindak menutup jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan semua yang terlibat . Pendedahan Deepak juga turut menyatakan bahawa objektif bukan sahaja bertujuan untuk menutup Akuan Sumpah yang di buat oleh P.Balasubramaniam tetapi bahawa bertujuan menyekat pendedahan yang lebih besar .

Siasatan wajar di buat berkaitan kenyataan dan pendedahan Deepak bahawa “Banyak orang melihat Akuan Bersumpah (SD) 1 dan SD 2 . Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3 . Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar , seorang yang terlibat secara langsung , direct involve , dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu sangat serius “.

Siapakah orang tersebut yang terlibat secara langsung ( direct involve ) dalam kes jenayah yang turut melibatkan pembunuhan Alyantuya Sharibuu ? MENDESAK agar Peguam Negara membuka kembali perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang ternyata wujud elemen baru yang berkaitk dengan pengakuan dan pendedahan Deepak bahawa wujud saksi yang terlibat secara langsung ( direct involve ) dalam kes pembunuhan Altantuya .

JINGGA 13 MENDESAK agar siasatan SPRM yang telah ditutup sebelum ini dibuka semula dan diberikan tanggungjawab kepada pegawai-pegawai SPRM yang benar-benar telus, berani dan professional menjalankan siasatan kes tersebut . JINGGA 13 meminta agar pihak polis menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan siasatan mengikut prosedur sepertimana diambil oleh orang awam dan tidak bertindak dwi-standard apabila melibatkan seorang VVIP sedangkan kes ini adalah berprofil tinggi dan perlu ditangani dengan profesional tanpa mengira siapa.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13 Malaysia

Email : jingga13malaysia@gmail.com

 LAP0RAN POLIS JINGGA 13

Saya FARIZ MUSA No. Kad Pengenalan XXXXXX-XX-XXXX dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut : Saya pada 13 Disember 2012 telah membaca dua artikel dalam http://bm.harakahdaily.netberjudul “Bom dari Deepak : SD 2 bala sekat hal lebih besar “ bertarikh 12 Disember 2012 dan http://www.keadilandaily.com bertarikh 12 Disdember 2012 berjudul “Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar” serta membaca laporan berjudul “ Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala” oleh http://www.malaysiakini.com/news/216566 .

Dalam kedua-dua artikel tersebut disiarkan secara terperinci kenyataan dan pendedahan seorang Ahli Perniagaan bernama Deepak Jaikishan iaitu penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua(SD 2) P Balasubramaniam , bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu sahaja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar. Di dalam artikel tersebut juga Deeapak Jaikishan telah mengaku bahawa beliau telah dihubungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor ( isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ) melalui telefon dan meminta agar Deepak mencari jalan menyelesaikan masalah beliau serta telah meminta agar Deepak datang ke rumah beliau sekarang dan berjumpa dengan suami beliau ( Datuk Seri Najib Razak ) serta biar Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan .

Deepak telah mengaku bercakap dan bertemu dengan Datuk Seri ( Najib Razak ) di Sri Satria ( kediaman Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ) . Deepak mengaku bahawa beliau telah memaklumkan kepada Datuk Seri ( Najib Razak ) bahawa orang ini ( P.Balasubramaniam ) tidak mahu berjumpa dan berkata beliau sudah buat SD yang benar dan tidak mahu berjumpa dengan Deepak . Datuk Seri ( Najib Razak ) setelah membincang dengan seorang lawyer dan adik beliau ( juga seorang lawyer ) melalui telefon telah mengarahkan Deepak supaya mencari jalan untuk berjumpa dengan P.Balasubramaniam dan mencari jalan supaya P.Balasubaramaniam besetuju batalkan SD beliau .

Datuk Seri Najib Razak juga telah mencadangkan agar adik beliau iaitu Datuk Nazim Razak untuk berjumpa dengan P.Balasubramaniam . Dan pertemuan berlaku antara Deepak dengan P.Balasubaramaniam di sebuah Restoran Cina yang juga dihadiri oleh sepupu Deepak dan seorang pegawai polis bekas D9 bernama Suresh . Deepak juga mendedahkan bagaimana perbincangan berkaitan SD 2 dan cadangan keluarkan P.Balasubramaniam daripada Malaysia dan sekiranya mahu kekal di Malaysia , tidak ada isu kerana kerajaan bersama beliau .

Dalam artikel tersebut juga , Deepak mengaku telah bertemu Datuk Nazim Razak bersama Isteri beliau ( Nor Juma ) di The Curve , Mutiara Damansara . P.Balasubramaniam tidak mahu berjumpa Deepak kerana Deeapak tidak akan mampu menyelesaikan segala kuasa untuk melindungi beliau dan memenuhi keperluan kewangan yang beliau minta .

P.Balasubramaniam telah berbincang dengan Datuk Nazim Razak di mana permintaan P.Balasubramaniam untuk mendapatkan sedikit wang , dilindungi dan mahu meninggalkan Negara . Dalam perbincangan tersebut , Datuk Mohamad Nazim Razak telah bersetuju dan berjanji dengan P.Balasubramaniam dengan syarat beliau menukar SD . Dalam laporan Malaysiakini berjudul “ Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala” juga turut menyatakan bahawa Datuk Nazim Razak iaitu adik kepada Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak telah bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Deepak memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah memilih seorang peguam dan anak beliau untuk menyiapkan segala dokumen iaitu SD 2. Sehingga sekarang masih beluam dikenalpasti siapakah peguam tersebut dan anak beliau yang manakah terlibat . Malah peguam tersebut telah datang ke KL Hilton iaitu tempat di mana P.Balasubramaniam ditempatkan untuk membuat SD dan P.Balasubramaniam menandatangani SD 2 tersebut .

Deepak dalam kenyataan beliau memaklumkan bahawa peguam yang mereka SD 2 tidak mahu bersama P.Balasubramaniam dan tidak mahu dikaitkan nama beliau. Maka Deepak telah menghubungi peguam bernama Arulapalam yang tidak terlibat membuat SD 2 tersebut untuk hanya hadir berada di sebelah P.Balasubramaniam sewaktu Sidang Media di buat di Prince Hotel . Dalam pengakuan Deepak bahawa wujud seorang yang terlibat dalam kes pembunuhuan Altantuya di mana beliau sudah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar .

Deepak mendedahkan bahawa wujud satu ‘faction’ UMNO yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri di mana seorang daripada ahli kumpulan tersebut akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan beliau melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarahkan orang tersebut . Ternyata sepertimana pendedahan Deepak bahawa objektif menukar SD 1 oleh P.Balasubramaniam ialah bertujuan menyekat dan menghentikan langkah seterusnya yang akan mendedahkan perkara yang lebih besar . Iaitu kebenaran yang akan keluar di mana seorang yang terlibat secara langsung ( direct involve ) yang bersedia untuk membuat SD dan dedahkan siapakah yang arahkan beliau dan beliau telah diarahkan oleh siapa .

Deepak telah memaklumkan bahawa SPRM telah memanggil beliau untuk disiasat , tetapi beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut , dan tiada tindakan diambil. Siasatan harus dibuat oleh pihak polis terhadap pasukan penyiasat SPRM kes tersebut . Justeru , saya memohon agar satu siasatan secara menyeluruh , telus dan profesional terhadap kes tersebut oleh pihak polis dengan segera dan mengikut prosedur sepertimana dilakukan oleh orang awam dan bukannya bertindak dwi-standard. Untuk rakyat biasa prosedurnya lain , dengan VVIP caranya lain.

Ternyata Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor , Datuk Mohamad Nazim Razak dan ramai lagi terlibat dalam kes tersebut yang perlu diambil tindakan dan pendakwaan berdasarkan peruntukan undang-undang serta dihadapkan ke muka pengadilan .

Saya yang benar ,


FARIZ MUSA XXXXXX-XX-XXXX
Tarikh : 14 Disember 2012



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jingga 13 buat laporan polis selepas Jumaat ekoran pendedahan Deepak

Ekoran drp pendedahan dan pengakuan yg di buat oleh Deepak Jaikishan berkaitan penglibatan beliau dalam kes pengubahan Akuan Sumpah yg di buat oleh P.Balasubramaniam , Jingga 13 tampil membuat laporan polis sepertimana berikut :

Tarikh : 14 Dis 2012
Masa : 3 ptg ( selepas solat Jumaat )
Tempat : Balai Polis Dang Wangi,KL

Semua media dijemput hadir. Terima kasih.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, December 13, 2012

Jalan alternatif Kubang Ulu sempit dapat cakna ADUN Penanti

MANSOR Othman bersama-sama wakil JKR serta wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah sedang meninjau jalan alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu, Penanti baru-baru ini selepas menerima aduan penduduk setempat.
PENANTI - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencari jalan untuk melebarkan jalan alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini demi kepentingan rakyat setempat.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, pembinaan jejantas baru di kawasan tersebut telah mengakibatkan jalan alternatif itu kian sempit ke dinding Masjid Jamek Kubang Ulu dan sebuah rumah milik penduduk setempat.

"Penduduk 'bising' kerana lorong (alternatif) ini sempit selepas (projek pembinaan) jejantas tersebut siap sepenuhnya.

"Kita akan berbincang untuk pindah rumah tersebut...kita akan bincang dengan pejabat (Jabatan) Mufti Pulau Pinang untuk mengalihkan masjid tersebut ke satu tanah lain agar jalan alternatif ini boleh dilebarkan," ujar Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti semasa melawat lokasi berkenaan baru-baru ini.
LORONG alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu yang berlebaran kira-kira enam kaki dihitung cukup untuk laluan sebuah kereta sahaja.

Hadir bersama, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dan wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

Tinjauan yang dibuat mendapati, lebar jalan alternatif dua hala itu kira-kira enam kaki sahaja, cukup untuk laluan sebuah kereta.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan cakna Kerajaan Negeri terhadap keperluan masyarakat di kampung berkenaan - Faqar



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, December 12, 2012

@azminali desak Zainudin Maidin mohon maaf

Hubungan diplomatik Malaysia - Indonesia yang melangkaui sempadan geografi. Persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan saudara serumpun yang akrab dari sudut budaya dan juga agama. Hubungan kedua negara ini adalah manifestasi kepada sikap saling hormat - menghormati dan kesedaran bahawa kita punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.
 
KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin Maidin yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap YTH Bapak B.J. Habibie, Mantan Presiden Republik Indonesia dan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti dalam rencana yang ditulis beliau dalam akhbar Utusan Malaysia, 10 Disember 2012 bertajuk 'Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim'.
 
Apatah lagi rencana tersebut datang daripada seorang yang sudah bergelumang dan dibesarkan dalam akhbar Utusan Malaysia; akhbar picisan milik UMNO yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat secara intelek tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah dan cerca. Adalah tidak salah untuk kita menyatakan bahawa Zainudin Maidin ini sedang menghidap Sklerosis Intelek yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan UMNO yang lainnya.
 
Malah sikap yang dinyatakan oleh beliau adalah budaya politik lazim UMNO yang hanya akan menyerang keperibadian individu dan menabur fitnah yang tiada batasannya. Rencana Zainuddin Maidin adalah amat memalukan lantaran beliau menggambarkan prasangka keji kepimpinan UMNO terhadap negara Indonesia.
 
KEADILAN mengecam keras kenyataan Zainuddin Maidin yang akan mempersulit hubungan dua hala Malaysia - Indonesia.
 
YTH Bapak B.J. Habibie adalah seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit. Sebagai seorang negarawan, beliau juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat setiakawan yang luhur.

Saya sendiri menyaksikan secara dekat betapa Bapak B.J. Habibie dan isterinya, Almarhumah Ibu Ainun begitu prihatin semasa Dato' Seri Anwar semasa menjalani rawatan di Munich, Jerman pada tahun 2004. Hal ini menjelaskan betapa akrab hubungan keluarga kedua - dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua hala Malaysia - Indonesia.
 
Justeru KEADILAN mendesak Zainuddin Maidin memohon maaf secara terbuka kepada kedua tokoh ini dengan segera. Kepimpinan UMNO juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf di atas sikap keterlaluan dan keji yang digambarkan melalui kenyataan tersebut
 
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, December 11, 2012

Akuan Bersumpah Lajim Ukin




 AKUAN BERSUMPAH

Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:

1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak
merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

                     i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

                    ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

            iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO
Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan

                    iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40
juta itu;

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.

Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa
apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta
Akuan Berkanun 1960.



Diperbuat dengan sebenarnya dan                  )

diakui oleh yang tersebut namanya                 )

di atas di Kota Kinabalu                                 )

dalam negeri Sabah                                        )
……………………………….

pada 10 haribulan Disember, 2012                 )           LAJIM BIN UKIN





Dihadapan saya,



…………………………………….

PESURUHJAYA SUMPAH






Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Amboi sombongnya Zainudin Maidin..

SERANGAN KE ATAS BJ HABIBIE: KENYATAAN ZAINUDIN MAIDIN DANGKAL, BERPRASANGKA KEJI

Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO.

Tulisan Zainudin Maidin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit UMNO yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.

Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan UMNO sebagai 'pengkhianat'.

Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini.

Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia.

Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.

ANWAR IBRAHIM


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

JINGGA 13 CABAR MUSA HASSAN BUAT LAPORAN POLIS DAN SPRM TERHADAP ROBERT PHANG DAN ISMAIL OMAR

JINGGA 13 MALAYSIA mencabar Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Isreal.

Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam . Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak mengugut penjawat awam .

Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai Polis tersebut untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan Sri Robert Phang . Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.

Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan lebih memahami dan menguasai undang-undang negara . Tan Sri Musa Hassan wajar dipersalahkan sekiranya beliau gagal bertindak melaporkan kepada pihak Polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah yang dilakukan oleh Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara.

Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM. Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

JINGGA 13 menyatakan sokongan terhadap keberanian dan pendedahan yang di buat oleh Tan Sri Musa Hassan tetapi adalah menghairankan sekiranya pendedahan tersebut tidak disertakan dengan tindakan membuat laporan kepada pihak berwajib kerana kes ini berprofil tinggi dan sangat serius .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
ketua Koordinator
JINGGA 13 MALAYSIA


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, December 10, 2012

MP Jerantut keluar UMNO

Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.
Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.
Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.


Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.
Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.
Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.
Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.


Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.

Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.
Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan  telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian.
Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.
Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.
Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009. ~jalanpulang


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, December 08, 2012

Jom ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

9 Disember 2012 (Ahad)

8.30 – 12.00 Malam

Darul Hikmah, Kerdau, Pahang

Pemidato:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

3. YB Lim Kit Siang

4. YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

5. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

6. YB Leong Ngah Ngah

7. Pimpinan Pakatan Rakyat & NGO


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone