SharpShooter Followers

Wednesday, October 17, 2012

JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA


TWITTER MENGHINA ISLAM : JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA MALAH LEBIH SERIUS DARIPADA MEMIJAK GAMBAR PERDANA MENTERI DAN MENGIBARKAN BENDERA SANG SAKA 
Jingga 13 menyelar kenyataan Ketua pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang). Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama islam. Tan Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Beberapa kenyataan beliau pada 15 Oktober 2012 memperlihatkan kedangkalan beliau dalam berpolitik hingga menyentuh dan mempertikai ketetapan dan hukum yang sememangnya termaktub dalam Islam. Amat mendukacitakan apabila ditegur oleh ramai orang, beliau masih mempertahankan kenyataan beliau yang bukan sahaja bersifat rasis malah cuba mengelirukan  dengan melabelkan itu adalah undang-undang ciptaan PAS, bukannya ketetapan dan undang-undang Islam sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran .
Beberapa laporan polis dari NGO di seluruh negara telah pun di buat dan meminta satu tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah tersebut yang ternyata berniat jahat ( mala fidea ) menghina dan menyinggung sensetiviti umat Islam di Malaysia . 
Adalah amat malang sekiranya pihak polis bersikap mendiamkan diri dan dwi standard sedangkan dalam kes memijak gambar Perdana Menteri dan kes mengibarkan bendera Sang Saka dengan begitu PANTAS mengambil tindakan secara drastik . 
Isu menghina Islam adalah merupakan satu tindakan yang serius dan perlu diambil tindakan tanpa kemaafan oleh pihak berwajib apa lagi agama Islam adalah merupakan agama rasmi Negara yang termaktub dalam perlembagaan Negara .
MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI 

MOHD RUDEY BIN ABD RAHMAN
Ketua Penerangan Jingga 13




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/