SharpShooter Followers

Wednesday, September 19, 2012

Tahniah kepada Pasukan Keadilan Seberang Perai berjaya cipta sejarah anjurkan Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) terbesar sempena HARI MALAYSIA


Tahniah kepada Pasukan Keadilan Seberang Perai kerana buat julong kalinya berjaya menganjurkan Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) terbesar yang menggabungkan 12 NGO dan parti politik.

Sejak Parti Keadilan ditubuhkan pada tahun 1999, inilah kali pertama program dibuat menggabungkan Pasukan Keadilan Seberang Perai, Jingga 13 Pulau Pinang, Lang-gar, SAMM Pulau Pinang, AMK Pulau Pinang, Srikandi Pulau Pinang, Pertubuhan Mithali Pulau Pinang (WATAMI), Wanita Keadilan, Unit Kawalan Parlimen (UKP), Unit Ehsan Pulau Pinang, IKRAM (JIM) dan Kelab Perpaduan Bukit Gedung. Parti Keadilan Cabang Kepala Batas juga turut serta begitu juga penyokong dari jauh seperti Johor, Selangor, Langkawi, Alor Setar dan Kulim.

Hari Malaysia sebenarnya adalah kejayaan Anwar Ibrahim yang memperjuangkan 16 September hingga memaksa kerajaan menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum buat semua rakyat Malaysia. Sebab itulah Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) diadakan untuk meraikan kejayaan Anwar Ibrahim memperjuangkan Hari Malaysia.

Sebanyak 148 buah motosikal dan 88 buah kereta menyertai Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) terimakasih kepada semua yang menyertainya....
Komrad Jingga 13 Nibong Tebal

Persiapan terakhir team kereta Perarakan Konvoi Rakyat (PKR)

Seramai 23 orang team Marshall profesional mengiringi konvoi..

Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang sdr Amizudin Sharpshooter - selagi badan dikandung hayat selagi itu kerja kuat untuk tumbangkan "setan-setan yang dikenali umporno b-end". Seramai 133 Komrad Jingga 13 Pulau Pinang menyertai konvoi.

Team motosikal Komrad Jingga 13 Pulau Pinang memonopoli skuad konvoi motosikal, bersiap sedia untuk berkonvoi.

Taklimat terakhir oleh Marshall kepada peserta konvoi

Pelepasan Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) bermula jam 10 pagi


Konvoi berhenti sebentar di Seberang Jaya.

Melintasi Jambatan Pulau Pinang



Konvoi selamat tiba di Padang Kota Lama
Komrad Jingga 13 Pulau Pinang...

Ketua Srikandi Pulau Pinang cik Latifah (belakang) bersama Puan Syarifah

Amir Ghazali Ketau Amk Pulau Pinang dan sdr Ikhwan NGO Lang-gar dari Bukit Mertajam


Sdr Aidil Ibrahim Penyelaras SAMM Pulau Pinang

Wanita Keadilan Batu Kawan
Amir dan Keadilan Kepala Batas
Sharpshooter bersama Koordinator Jingga 13 Nibong Tebal sdr Sobri

Ikrar HARI MALAYSIA di bacakan dengan penuh semangat patriotik oleh LIM CHEE LEONG Timbalan Ketua Pasukan Keadilan Seberang Perai. Beliaulah penggerak utama program ini.

Syabas juga diucapkan kepada Ahli Majlis MPSP Peter Lim, Goh Bee Thong, Tan Kian Poh, Cheng Koh Yong, Ketua Wanita Pasukan Keadilan Tan Gew Hwa dan kepada semua yang membantu menjayakan program bersejarah ini sempena Hari Malaysia.

LAFAZ IKRAR

Kami berikrar dengan penuh setia,
Bahawa,
Kami semua ,taat setia pada Negaraku tercinta
Kami semua, taat setia pada Parti Keadilan Rakyat , Parti kesayangan kita
Kami semua, taat setia pada Pakatan Rakyat,
Kami semua,bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik Dan berjiwa Rakyat
Kami semua ,menjamin hubungan ADIL pada semua negeri termasuk Sabah Dan Sarawak.


Ahli Majlis MPPP Hj Rashid, YB Jason Ong, Philip turut hadir.

Sekali lagi syabas diucapkan kepada barisan Pasukan Keadilan sebagai teraju utama program ini.

Lagi gambar-gambar menarik Perarakan Konvoi Rakyat anda boleh layari di sini dan di sini dan di sini





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/