SharpShooter Followers

Tuesday, September 04, 2012

Abby Abadi secara rasmi sertai Jingga 13 di rumah terbuka Jingga 13 Pulau Pinang


Pelakon popular dengan watak "Inspektor Aliza" dalam drama bersiri Gerak Khas, Puan Abby Abadi secara rasmi telah menyertai Jingga 13 ketika beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jingga 13 Pulau Pinang di rumah Sharpshooter pada 2 September 2012.

"Saya sebenarnya sudah lama mengikuti perkembangan Jingga 13 yang dipimpin oleh Cikgu Fariz...saya begitu teruja dengan kegigihan, kesungguhan dan keberanian Jingga 13 mendedahkan skandal dan penyelewengan..." kata Abby Abadi.

"Setelah saya mengenali Jingga 13 dari dekat...berbuka puasa bersama...Jejak Prihatin bersama... ternyata mereka semua begitu mudah mesra...sebab itu saya membuat keputusan untuk menyertai Jingga 13 secara rasmi hari ini..." ujarnya lagi.

Sementara itu, koordinator Jingga 13 Pusat, Cikgu Fariz berkata.. "saya bersyukur dan berbesar hati menerima penyertaan Abby Abadi ke dalam Jingga 13, sudah pasti ini akan menguatkan dan menyemarakkan lagi Jingga 13 untuk terus membongkar skandal dan penyelewengan.."

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jingga 13 Pulau Pinang yang dipimpin oleh Sharpshooter kerana berjaya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri buat julung kalinya dengan jayanya.

Abby Abadi juga memuji terbitan video clip pertama Jingga 13. Katanya "Kalau sehari saya tak tengok video clip Jingga 13, "Merdeka 55 tahun Janji Dicapati..." rasa macam ada kekurangan pula dalam hidup saya..." katanya sambil ketawa besar .


Video clip pertama Jingga 13 yang cukup popular...view mencecah hampir 200 ribu dalam masa 5 hari diterbitkan...tahniah..

Rakaman untuk video clip kedua Jingga 13...."Janji Dicapati"...nantikan kemunculannya...



Satey Jingga 13 milik komrad Ikhwan Nasser.. sifu sendiri bakar satey...sebab itu tak ada komplen langsung tentang satey...semua kata sedap...cuma yang komplen sebab ada juga tamu yang tak sempat rasa...maaf banyak-banyak....

Satey Jingga 13 memang sedap kata tamu yang hadir hingga sdr Jalil Penyelaras Dun Seberang Jaya tak sabar terus terjah...komrad Kuchai yang tak kenal erti letih...

Iskandar @mdisk...komrad Jingga 13 yang pemalu....

Ajai bila sampai saja terus dapatkan Char Koay Teaw Jingga 13...lapar sangat katanya..beliau sanggup datang dari jauh bersama Cikgu Fariz dan Mawar...terharu dibuatnya...

Blogger top ranking Anak Sungai Derhaka dari Pulau Pinang bersama Setiausaha Penkua, En Kamarudin turut hadir..

YB Yunus Adun Kuala Kurau dan Cikgu Fariz Koordinator Jingga 13 turut menyerikan rumah terbuka Jingga 13 Pulau Pinang..

Pengerusi SAMM Pulau Pinang, sdr Aidil Ibrahim turut hadir..

Jordan Kee berbaju Melayu dan Abang Din orang kuat YB Malik Kassim...


Ahli Majlis Sg Petani Puan Nurin Aina turut hadir...maaf banyak-banyak Nurin...di luar penuh dalam pun sesak sikit..

Dalam rumah pun penuh..Maaf atas segala kekurangan..

Mee Tulang Jingga 13 menjadi menu pilihan sahabat-sahabat dari Surau Kota Permai.

Sahabat-sahabat dari surau Taman Kota Permai...sabar menanti Char Koay Teaw Jingga 13..



ABC Jingga 13...paling awal habis..


Pak Su 101 dan Blogger Anak Sungai Derhaka turut hadir bersama orang kuat Permatang Pauh.


Nenek Brutal sempat lagi berposing ketika sibuk melayan tamu siapkan juadah Satey Jingga 13.

Bonda tersayang serta adik Dr Aniza tersenyum riang bersama "Inspektor Aliza" yang memang kelakar...tak kering gusi dibuatnya...


Peminat setia Abby Abadi dari Indonesia tidak lepaskan peluang bergambar kenangan..

Setiausaha JKKK Sg Semilang hadir bersama isteri..

Mak Long dan Pak Long kata semua makanan sedap...

Peminat setia blog Sharpshooter :-)

Sahabat PAS dari Kebun Sireh


ek eleeeeh...malu malu kucing la pulak 3 anak dara ni... :-)

Makan santai sambil menonton filem




Ketua Amk Pulau Pinang, Amir Ghazali dan Ketua Penerangan Amk Pulau Pinang Rizal Hamid antara yang awal hadir.


Blogger "Kasi Pecah laa" yang juga komrad SAMM Pulau Pinang turut hadir bersama isteri tersayang.
Ahli Majlis MPSP Peter Lim dan Goh Bee Tong turut hadir.

Anak-anak kesayangan sharpshooter... :-)

Gambar ehsan dari Anak Sungai Derhaka, Haryantina dan Azri Ahmat..Jazakallah pada semua yang menjayakan rumah terbuka Jingga 13 Pulau Pinang buat kali pertama....terima kasih juga kepada yang menyumbang untuk menjayakan majlis ini....maaf jika terdapat kekurangan dan kelemahan..makanan semua habis...Alhamdulillah...sambutan luar jangkaan...


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/