SharpShooter Followers

Saturday, August 18, 2012

SAMM kehilangan seorang pejuang diambang Aidilfitri..

Seorang komrad SAMM, Mohd Izwan atau lebih mesra dengan panggilan 'plettop' dari N.Sembilan yang berpengkalan di Port Dickson telah meninggal dunia awal pagi tadi akibat dari kemalangan jalan raya....

Sharpshooter secara peribadi agak rapat dengan arwah walaupun akhir-akhir ini jarang berjumpa namun kami sering bergurau melalui mesej Facebook.

Ini adalah sebuah kehilangan yang amat besar buat SAMM secara keseluruhannya kerana arwah juga merupakan komrade yang aktif membantu dalam SAMM N.Sembilan mahupun SAMM Kebangsaan.

Agak terkejut dan sedih menerima berita pagi ini tentang kehilangannya diambang Aidilfitri, Allah lebih menyayanginya..

Mohon semua rakan-rakan bersedekah Al-Fatihah kepada arwah semoga Allah ampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman..amin..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone