SharpShooter Followers

Monday, August 27, 2012

Ayuh semua serba kuning ke "Janji Demokrasi"


Gabungan Janji yang terdiri dari 47 badan bukan kerajaan (NGO), akan tetap berhimpun pada malam ambang kemerdekaan 31 Ogos di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Perak dengan memakai baju kuning.

Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bakal berlangsung pada ambang Hari Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka bukan suatu demonstrasi jalanan.

Sebaliknya, ia adalah seruan kepada rakyat untuk menyertai sambutan ambang Hari Merdeka disamping mengingatkan Kerajaan Pusat untuk memenuhi janji bagi penambahbaikan sistem pilihanraya.

Sharpshooter seru rakyat Malaysia digesa supaya datang ke sambutan itu dengan pakaian kuning bagi menunjukkan solidariti dengan “Janji Demokrasi”.

Perhimpunan terbesar adalah di Kuala Lumpur di kawasan pancutan air di Dataran Merdeka dan pada tepat jam 12 tengah malam di mana Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan menyampaikan puisi sempena kemerdekaan.

“Kita hanya mahu menyertai sambutan malam kemerdekaan itu sahaja dengan membawa mesej yang ingin kita sampaikan,”

Terdapat Gabungan 47 NGO yang menyertai “Janji Demokrasi” turut membawa mesej menuntut keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

“Janji Demokrasi’ ditukar daripada “Janji Bersih” kerana bertepatan dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 iaitu ‘Janji Ditepati’.

Penukaran nama itu juga kerana “Janji Demokrasi” tidak mahu dikaitkan dengan gabungan NGO di dalam gerakan BERSIH walaupun sebahagiannya merupakan anggota gabungan gerakan itu.

Terdapat ancaman daripada kumpulan anti-BERSIH iaitu Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang sebelum ini mengugut untuk bertindak agresif terhadap perhimpunan “Janji Demokrasi”.

Adakah polis akan dapat bertindak bagi mengawal keamanan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini jika kumpulan Anti-BERSIH berdemonstrasi? Ayuh semua pastikan anda tercatat sebagai salah seorang pencipta sejarah di Malaysia...jumpa di sana....



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/