SharpShooter Followers

Monday, March 05, 2012

Jom join Anak Muda bersantai bersama Anwar


Jemputan Media/ Bloggers Untuk Edaran Segera

Anwar Ibrahim Club

5 Mac 2012

Anwar Ibrahim Club menyedari keperluan dalam mengisi minda dan pemahaman orang muda dalam setiap isu yang membabitkan kenegaraan, adalah sesuatu yang perlu digalas bagi memastikan citra anak muda ini berterusan sebagai penyambung warisan pentadbiran negara.

Justeru kerana perdebatan kenegaraan didominasi oleh wacana melalui bahasa politik maka yang sering kedengaran adalah belahan dua kumpulan, di satu pihak golongan ahli parti politik dan di satu pihak lagi adalah golongan orang awam, walaupun fungsi satu pihak tidak melebihi kepentingan satu pihak yang lain.

Maka adalah amat penting golongan orang awam ini, terutama anak muda yang tidak sering terdedah dengan ucapan-ucapan khusus tentang isu anak muda, kemasyarakatan dan negara untuk dianjak paradigma mereka menuju ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan rasional.

Hakikat ini juga telah mendorong Anwar Ibrahim Club untuk menganjurkan satu pertemuan santai tetapi penuh pengisian bersama badan swadarya dan orang awam bagi berkongsi apa juga maklumat dan pengalaman bagi pentadbiran negara yang berhemah dan baik.

Tarikh: 10 Mac 2012
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Ballroom Tingkat 1, De Palma, Ampang, Selangor

Kami telah mengundang khas Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi berkongsi pandangan dan buah fikir dengan anak-anak muda di Malaysia, selain kehadiran Yb Nurul Izzah Anwar sebagai panel bersama. Kami dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media dan bloggers untuk hadir ke seminar ini (butiran program turut dilampirkan).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Setiausaha AIC, Encik Mazli di talian 012 3981016. Kerjasama dan perhatian daripada pihak rakan-rakan media dan bloggers amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)
Malaysia


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/