SharpShooter Followers

Tuesday, January 10, 2012

Penggantungan Adam Adli tidak wajar

Jingga 13 menyelar tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertindak menggantung Adam Adli selama lapan belas (18) bulan tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Adam Adli Abdul Halim penuntut Sarjana Muda Pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu dan mula menjadi perbualan hangat apabila menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menaikkan bendera Kebebasan Akademik.

Jingga 13 merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka. Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas disebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit.

Jingga 13 menyatakan sokongan padu kepada Adam Adli dan berharap tempoh penggantungan ini digunakan sebaiknya oleh beliau dalam mencapai cita-citanya untuk berkempen tentang kebabasan akademik.

Proses ini adalah satu tempoh matang buat Adam Adli yang akan membuka jalan kepada kebebasan akademik yang lebih sempuna pada waktu-waktu mendatang. Syabas Adam Adli Abdul Halim.

Muafakat*Prihatin*Berani

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/