SharpShooter Followers

Tuesday, September 20, 2011

Wajar Tukar Pinjaman PTPTN ke Biasiswa Rakyat: Mansor

Bersempena Hari Malaysia yang merupakan cuti umum, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Wang Bantuan Ke IPTA bagi seluruh Seberang Perai.

YB Dato Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada 548 orang penerima sumbangan bagi daerah Seberang Perai Tengah.

Dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang pentingnya pelajaran dan melahirkan penghargaan kepada semua para ibu bapa dan guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan anak-anak Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mencadangkan agar diwujudkan Biasiswa Rakyat.

Ini kerana menurut beliau, terdapat kebimbangan para pelajar dan ibu bapa tentang masa depan generasi yang meannggung hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Mansor juga membuat seruan kepada kerajaan persekutuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan yang cemerlang.

Ini kerana Pulau Pinang telah terbukti sebagai pusat pendidikan yang bertaraf antarabangsa seperti wujudnya Universiti Sains Malaysia (USM), Wawasan Universiti dan pelbagai lagi pusat pengajian tinggi yang unggul.

Tawaran kerjasama tersebut adalah bagi memastikan Pulau Pinang terus maju dalam memacu kecemerlangannya. Ini kerana menurut beliau Pulau Pinang akan terus maju dan mengorak langkah sekiranya Pulau Pinang terus mengekalkan bakat-bakat penting yang mampu membawa Pulau Pinang terus maju ke hadapan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/