SharpShooter Followers

Wednesday, September 07, 2011

Jom ke forum "Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan? "

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan tampil dalam sebuah forum forum bagi membincangkan isu kontroversi berkaitan individu yang dilabel sebagai pengganas Komunis, Muhammah Indera dan peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950.

Turut sama menjadi ahli panel pada forum tersebut adalah Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan blogger sensasi, Hishamuddin Rais.

Forum tersebut dijadualkan akan berlangsung pada hari ini tepat jam 8.15 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.
Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan ?' dianjurkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Free Publis Forum Malaysia (FPF).

FPF adalah NGO yang aktif bergerak di sekitar ibu kota bertujuan menyediakan pentas-pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu- isu semasa yang berlaku dalam negara.

"Tajuk Forum: MAT INDERA - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan?

Ahli Panel:
1. Tn. Hj. Mohamad Sabu (Timb. Presiden PAS)
2. Prof. Dr. Aziz Bari (UIAM)
3. Sdr Hishamuddin Rais (blogger / kolumnis Tukar Tiub)"
"Tarikh: 7 September 2011 - Rabu (hari ini)
Masa: 8.15-10.30mlm
Tempat: KL Selangor Chinese Assembly Hall (tingkat 3) - berhadapan stesen monorail Maharajalela"

Sebarkan....

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/