SharpShooter Followers

Wednesday, June 29, 2011

Umporno perkuda polis apco hingga guna mahkamah halang ceramah di P. Pinang

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang memberi amaran mengenai tindakan keras yang akan diambil terhadap pihak yang menyertai dua perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 8 malam esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ayub turut memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.

"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah ini dan seterusnya memberi amaran kepada sesiapa yang melanggarnya akan berdepan tindakan polis," katanya.

Katanya, difahamkan, kedua-dua perhimpunan haram berkenaan bakal dihadiri Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ayub berkata, 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan reman sehingga 2 Julai ini kerana mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara, berkemungkinan dibenarkan berjumpa anggota keluarga masing-masing esok.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai layanan buruk polis terhadap 30 aktivis itu semasa dalam tahanan.

"Kita memberi perhatian berat terhadap kesihatan dan kebajikan tahanan-tahanan ini. Malah, tiga daripada mereka dibawa ke hospital semalam untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu selesema dan batuk," katanya.

Kumpulan berkenaan ditahan di plaza tol Sungai Dua di sini pada 25 Jun lalu ketika sedang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan di bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. - BERNAMA


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone