SharpShooter Followers

Sunday, June 26, 2011

Pakai dan jual baju BERSIH ditangkap, blog sokong BERSIH juga akan ditangkap?


Gila...dah memang gila...umporno dan polis apco dah gila...meroyan meraban tandanya akan dikapankan...Pakai baju KUNING BERSIH kena tangkap....jual baju KUNING BERSIH kena tangkap...Sebagai sokongan kepada BERSIH, sharpshooter tukar warna blog kepada KUNING BERSIH....sharpshooter menyeru kepada semua blogger yang menyokong BERSIH tolak KOTOR, KUNINGKAN blog dan laman web anda tanda sokongan...

Kelmarin di Kepala Batas 31 rakyat ditahan kerana memakai baju KUNING BERSIH. Hari ini mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis apco umporno.

Semalam mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Ya kami memang menghasut rakyat untuk gulingkan kerajaan umporno b-end, memang itu kerja pembangkang sama seperti pembangkang umporno di Pulau Pinang yang berdemo untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Anwar juga turut memakai warna baju KUNING sebagai tanda sokongan kepada BERSIH. Hanya KOTOR, PENGOTOR dan MENGOTORKAN akan tolak BERSIH.


Ek eh..mana pula hilangnya perut boroi Anwar seperti dalam video umporno? Anwar sapu krim apa dan pakai ubat apa untuk cepat hilangkan perut boroi..hahahahaha...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/