SharpShooter Followers

Sunday, April 24, 2011

Trio anak Ali sehebat Tongkat Ali

Trio anak Ali mendominasikan sensasi politik tanah air hari ini dengan cerita tentang video seks Anwar terbitan Trio Dato T.

Ia bermula dengan kenyataan kontroversi Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung PAS Pusat. Beliau berkata “Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Kemudian baru kita boleh buat keputusan tetapi, buat masa ini, belum ada sebarang kesimpulan mengenainya.

“Selepas siasatan (polis) selesai, kita akan memutuskan kedudukan (parti Pas) dan kita tengoklah macam mana nanti,”

Beliau mengulas mengenai desakan pelbagai pihak supaya Pas menilai semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, berikutan pendedahan skandal video seks yang didakwa mirip Anwar, sehingga ia menjadi liabiliti kepada Pas.


Video kenyataan Mustafa Ali.

Kenyataan anak Ali Setiausaha Agung PAS Pusat ini telah mengundang rasa marah anak Ali dari Keadilan iaitu Timbalan Presiden Azmin Ali.

Azmin Ali yang ternyata berang dengan kenyataan anak Ali Setiausaha Agung PAS Pusat telah bertanya “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini.

Azmin Ali seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa Ali sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu hari ini juga TV3 suku menayangkan respon dari anak Ali PAS di Selangor iaitu Dr Hasan Ali tentang video seks yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata adalah menjadi lumrah seorang pemimpin itu boleh datang dan pergi. Jika tanpa Anwar pun yang penting perjuangan wajib diteruskan.

Begitulah hebatnya Trio anak Ali bila berbicara tentang video seks Anwar Ibrahim.

Di antara Anak Ali lain yang hebat adalah Ibrahim Ali dan Syed Husin Ali manakala Ali Rustam tak kurang juga hebatnya. Semuanya hebat-hebat belaka dan mempunyai kehebatan tersendiri dalam hal politik.

Ibrahim Ali terkenal dengan gelaran katak manakala Ali Rustam terkenal dengan sekolah hamilnya di Melaka. Manakala Syed Husin Ali dilihat seorang pejuang sosialis veteran kental PRM yang kemudiannya bertanggungjawab menggabungkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Memang hebat anak Ali sehebat tongkat Ali barangkali. Tongkat Ali bukan sebarang tongkat, bila makan semuanya terangkat.

Isu video seks Anwar terdapat banyak percanggahan. Dato T kata di hotel, polis kata di Kondominium. Dato T kata pelacur Cina, polis kata pelajar.

Jam Omega yang digembar gembur kononnya milik Anwar pemberian hadiah khas oleh Raja Arab Saudi akhirnya terjawab bila polis mengesahkan jam Omega tersebut made in Taiwan.

Dalam isu video seks ini umno kata 'Kalau Anwar tidak mahu bersumpah maka dia bersalah'. Quran kata 'Jika yg menuduh tidak bawa saksi maka sebat dia 80 kali' (Surah an-Nur ayat 4). Nak ikut yang mana ya? nak ikut umno atau Al-Quran?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/