SharpShooter Followers

Monday, April 04, 2011

ISA 1 Malaysia 1 Israel APCO zalim

KUALA LUMPUR: "Makcik merayu supaya anak makcik dibebaskan. Makcik yakin dia tak bersalah," rayu Mah Mat Idris berusia 67 tahun sambil menitiskan air mata.

Mah adalah ibu kepada Kadir Hashim, 42, ahli KEADILAN – orang kelainan upaya (OKU) yang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 April lalu.

Kadir kudung pergelangan tangan kiri tetapi didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit.

Orang harapan keluarga

"Bila Kadir tiada selama tiga hari, makcik terasa sunyi. Tak ada selera makan memikirkan keadaan dia di sana entah bagaimana.

"Setiap hari, dia yang menguruskan makan minum makcik kerana anak-anak yang lain jauh," katanya sambil mengalirkan air mata rindu.

Beliau yang uzur, ditambah dengan derita penyakit kencing manis dan darah tinggi hingga terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hospital, begitu berharap anaknya dilepaskan segera.

"Makcik teringin sangat nak jumpa dia (Kadir), lagi pun polis tidak pernah hubungi mak cik sejak dia ditangkap.

"Sejak arwah suami meninggal dunia hujung tahun lalu, makcik hanya mengharapkan Kadir. Makcik terlalu sedih dengan apa yang menimpanya," katanya dalam keadaan lemah lantaran demam dan sakit kepala memikirkan nasib dan keselamatan anaknya itu.

Kepung macam penjenayah besar

Muda Hashim, 46, abang kepada mangsa kesal dengan perbuatan polis yang mengepung di sekitar rumah mereka pada hari penangkapan tanpa mengeluarkan waran tangkap terhadap Kadir.

"Selepas adik saya dibawa masuk ke dalam kereta, baru seorang daripada mereka memberi salinan penangkapan mengikut ISA lebih kurang jam 6.50 petang," katanya.

Menceritakan detik penangkapan, Muda berkata, beliau mulanya tidak perasaan kehadiran sekumpulan polis kerana mereka memakai berbaju biasa dan menyangka pemaju datang meninjau tapak projek di kawasan itu.


Tanpa Kadir, Mah terasa seperti sebatang kara

"Tetapi selepas mendapati mereka mengepung seperti mahu menangkap penjenayah besar, saya terus bertanya tetapi mereka dengan angkuhnya memberitahu, mereka polis daripada Bukit Aman.

"Melihat (polis) bawa adik saya dengan tangan bergari, saya terus bertanya tetapi tidak dilayan. Mereka suruh saya sediakan peguam dan mengatakan mereka hanya jalankan tugas," katanya.

Macam komunis

Muda yang yakin adiknya tidak bersalah itu menganggap perbuatan zalim polis tidak ubah seperti kerajaan komunis memandangkan mereka sekeluarga dari golongan miskin.

"Kita tidak boleh bersuara langsung. Ini semua seperti duduk dalam kerajaan komunis yang lebih berminat dengan ISA. Undang-undang yang dipraktikkan kerajaan ini undang-undang Yahudi.

"Saya ada menghubungi pegawai polis yang terlibat bertanyakan keadaan Kadir, tetapi kakitangan di sana memberi alasan tidak berada di pejabat, "katanya

Dalam pada itu, beliau memberitahu seorang peguam datang berjumpa dengannya semalam dan berjanji akan menguruskan kes adiknya supaya dibebaskan secepat mungkin.

"Peguam itu datang berjumpa selepas saya memberitahu ketua cabang Lembah Pantai berkenaan penangkapan Kadir.

Kadir tidak ada rumah tapi surat penangkapan Kadir ada. Ini dia.

"Saya hanya menunggu jawapan daripada peguam itu dan berdoa supaya polis membebaskan Kadir," katanya.

Kadir ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Sharpshooter - Ini adalah bukti nyata kita masih dijajah..

Islam tidak benarkan jatuhkan hukuman tanpa bicara..adalah tidak adil yang dituduh tidak berpeluang membela diri dan yang menuduh pula tidak kemukakan bukti.

Ini adalah nasihat APCO 1 Malaysia 1 Israel


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone