SharpShooter Followers

Friday, April 01, 2011

Bekas calon ketua Cabang Bayan Baru digantung.

PKR Pulau Pinang telah menggantung keahlian bekas calon ketua cabang Bayan Baru, M Nyana Segaran dan mengeluarkan surat tunjuk kepadanya kerana didakwa merancang untuk meninggalkan parti itu esok.

penang anti isa forum 150908 m nyana segaranDalam kenyataan medianya, Setiausaha PKR negeri, Maktar Shapee berkata Nyana merancang mengumumkan keluar parti dalam satu acara kebudayaan di Pulau Pinang esok, yang akan dihadiri pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maktar berkata, Nyana (kanan) telah melanggar disiplin parti dan semalam, pengerusi jawatankuasa disiplin PKR, Tan Kee Kwong mengarahkan digantung keahliannya.

"Keahliannya digantung serta-merta, sehingga keputusan muktamad dibuat oleh parti," kata Maktar, yang juga ADUN Sungai Bakap.

Nyana yang menyertai PKR selepas pilihan raya umum 2008, menarik perhatian kerana menganjurkan karnival kebudayaan India, yang akan diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang esok.

Pemimpin lain BN yang dijangka hadir di majlis tersebut, yang menurut Nyana tiada berunsur politik, ialah Presiden Gerakan yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

NONE

Spekulasi telah tersebar di kalangan ahli parti bahawa Nyana yang merupakan bekas pemimpin Gerakan and MIC itu, akan melompat parti, bersama dengan beberapa orang lagi dari cabang PKR Bayan Baru, di majlis tersebut.

Bagaimanapun, Nyana telah menafikan akan keluar PKR, sambil menambah, beliau tidak sedar mengenai peletakan jawatan 200 ahli baru-baru ini.

Desas-desus mengenai Nyana akan meninggalkan PKR, tercetus selepas ketua cabang Bayan Baru, Sim Tze Tsin (kiri) mengingatkan ahli parti itu mengenai bekas calon ketua cabang yang kalah dalam pemilihan tahun lalu, sedang memujuk ahli menyertai BN.

Sharpshooter - Keadilan sepatutnya belajar dari kesilapan....apa ertinya masuk ramai-ramai selepas itu keluar pun ramai-ramai...

Malas nak tegur banyak-banyak...nanti dituduh trojen horse pula...UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/