SharpShooter Followers

Thursday, March 17, 2011

Hj Malik sumbang pukat di Sarawak

SARAWAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Abdul Malik Kasim menyumbangkan 40 pukat kepada nelayan Kampung Semerak, Sadong Jaya, Sarawak.

Sumbangan itu disampaikan beliau semasa lawatannya dua hari di negeri itu mulai 14 Mac lalu.

Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Pulau Pinang itu berkata, lawatan tersebut bukan sahaja bertujuan mendekati masalah rakyat di Sarawak, tetapi dijalankan atas dasar tanggungjawabnya meskipun beliau bukan wakil rakyat di negeri itu.

“Sebelum ini, saya selalu mengadakan lawatan ke Sarawak dan mereka juga banyak mengadu masalah untuk diselesaikan antaranya berkenaan bantuan nelayan, perkuburan Islam dan pembinaan masjid serta surau,” katanya dihubungi Keadilan Daily.com.

Abdul Malik berkata, beliau memperuntukan hampir RM3,000 untuk bantuan berkenaan.

Penerima bantuan pukat gembira mendapat perhatian Adun Batu Maung

Beliau turut menyampaikan ceramah kepada penduduk setempat secara berkelompok dan jentera-jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10.

“Kita membuat pembahagian dalam ceramah kerana ingin lebih mendekati penduduk setempat yang rata-ratanya Melayu bekerja sebagai nelayan.

“Saya juga ditemani pimpinan Pulau Pinang untuk bersama jentera-jentera parti di sana sebagai persediaan awal PRN nanti,” ujarnya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/