SharpShooter Followers

Wednesday, March 09, 2011

Hei YB katak....mana mau lari haaaa..

Sidang Parlimen kali ini digemparkan dengan pendedahan oleh YB Saifudin Nasution bahawa beliau mempunyai bukti ada YB PKR yang sudah bertukar menjadi katak sumpahan membeli sebidang tanah dengan membayar RM1.4 juta.

Beliau mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.

Cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011. "Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.

Daripada 'klu' YB Saifudin seperti video di bawah ini tentang yb katak yang dimaksudkan, di antara 6 katak sumpahan di atas, rakyat sudah boleh agak siapakah yang dimaksudkan oleh YB Saifudin Nasution. Ayoyo...rahsia sudah pecah la...heeeeei yb katak....mai mau lari haa....





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/