SharpShooter Followers

Thursday, November 04, 2010

Peratus keluar undi rendah di Batu Sapi

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3923SANDAKAN 4 Nov - Peratusan keluar mengundi yang agak rendah hari ini di Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi mencerminkan undi protes pengundi Melayu dan Cina di kawasan tersebut.

Sehingga pukul 1.00 tengahari tadi hanya 41 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi telah keluar mengundi dan jumlah ini dijangka mungkin tidak melepasi 50 peratus setelah semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5.00 petang.

Parlimen Batu Sapi mempunyai 12 daerah mengundi (DM) dengan 45 saluran mengundi.

Menurut wakil calon, James Lim Ching Ding berkata peratusan keluar mengundi yang rendah disebabkan ramai pengundi Melayu dan Cina tidak mahu mengundi calon BN dan masih membuat keputusan samada memilih antara calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

"Nampaknya pengundi sudah membuat keputusan tidak mengundi BN dan masih menimbangakan antara KEADILAN dan Sapp. Selalunya dalam mana-mana pilihan raya sekiranya peratusan keluar mengundi adalah tinggi di kubu kuat BN, calon BN kemungkinan besar akan menang tapi di Batu Sapi keadaannya agak ganjil menandakan undi tidak pergi kepada BN," jelas James Lim.

Maklumat tidak rasmi yang diperolehi daripada Jabatan Pilihan Raya Pusat KEADILAN di Bandar Ramai-Rami mengatakan peratusan yang keluar mengundi tertinggi di catat di pusat mengundi SK Pulau Timbang di dalam DM Tronlit iaitu sebanyak 73 peratus atau 717 daripada 984 pengundi.

Selain itu DM Sekong mencatat peratusan keluar mengundi setinggi 55 peratus 429 daripada 785 pengundi.

DM Kg Gas pula mencatat 41 peratus atau 1,097 daripada 2,701 pengundi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/