SharpShooter Followers

Friday, November 05, 2010

Mohon bantuan sumbangan mangsa banjir



ALOR SETAR, 5 Nov — Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.

Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang.

Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat. Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang melibatkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).

Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi melibatkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga pukul 8 pagi ini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup.




Sehubungan dengan itu AMK Negeri Kedah telah menlancarkan tabung bantuan mangsa banjir untuk kawasan utara. Kepada mereka yang prihatin, dermawan budiman, anda bolehlah memberi sumbangan berbentuk barangan atau kewangan di atas nama Yayasan Aman.

Segala sumbangan boleh disampaikan terus kepada Saiful Izham Ramli Peguam Anwar, Ketua AMK Kedah merangkap Ahli MPP Keadilan Pusat dan Pengerusi Yayasan Aman Kedah di talian 012-3211162.

Saiful berkata "Anda juga boleh memberi sumbangan terus ke akaun Maybank 5520-5970-3131 atas nama Yayasan Aman. Kemudian anda boleh sms (012-3211162) jumlah sumbangan untuk pihak kami keluarkan resit pengecualian cukai sekiranya perlu".

Untuk sumbangan barangan keperluan harian, anda bolehlah menghantar barangan tersebut ke Pusat Pengumpulan Yayasan Aman di Sg Lalang, Sg Petani, Kedah.

Semoga Allah membalas jasa baik anda dan selamatkan semua mangsa banjir. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Bantulah mereka...anda mampu lakukannya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/