SharpShooter Followers

Tuesday, November 09, 2010

Chegubard dan Shamsul serta Azmin sepentas di Sepang Selangor.

Semalam Chegubard dijemput oleh Ketua Cabang Sepang Hj Borhan dalam satu program memperkenalkan calon.

Semasa sharphooter bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sampai di Sepang, YB Zuraidah sedang memberi ucapan diikuti dengan YB Xavier.

Selepas itu Shamsul Iskandar memberi ucapan dan menceritakan mengapa beliau memilih untuk bertanding mempertahankan jawatan Ketua AMK sedangkan pada awalnya beliau telah menyatakan hasratnya untuk bertanding Naib Presiden.

Soal U-Turn tidak timbul katanya tetapi saya berada di T-Junction. Ke kiri Naib Presiden ke kanan Ketua AMK dan akhirnya saya memilih ke kanan. Beliau cuma merayu agar diberi peluang sepenggal lagi untuk memimpin AMK kerana mahu memperbetulkan AMK yang agak lesu.

Kemudian Chegbard pula memberi ucapan selepas Shamsul Iskandar. Chegubard menerangkan misi dan visi "Penerus Perjuangan Reformasi"

Ternyata agenda misi dan visi yang dibawa oleh Chegubard mendapat sambutan dan tepukan gemuruh terutamanya tentang Ketua AMK Negeri yang akan dipilih melalui Kongres Peringkat Negeri bukan lagi seperti sekarang yang dipilih oleh Ketua AMK Pusat.

"Biar anak muda Selangor yang memilih siapa Ketua AMK Selangor, biar anak muda Sabah yang memilih siapa Ketua AMK Sabah, kita mahu suburkan demokrasi seluas mungkin" kata Chegubard dengan penuh semangat disambut tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Ini adalah satu budaya dan cara kempen yang sihat di mana semua calon boleh berada di satu pentas. Inilah jiwa besar anak muda bernama Chegubard yang sudi hadir bila dijemput oleh Ketua Cabang Sepang walaupun semalam sebenarnya adalah team Azmin Ali yang berkempen.

Chegubard difitnah kononnya menerima RM400 ribu dari Zaid Ibrahim. Sharpshooter amat sedih bila tuduhan liar serta fitnah dilemparkan kepada Chegubard. Fitnah juga dilemparkan kepada Chegubard kononnya memberi RM30 kepada setiap AMK yang mengundi. Tak masuk akal fitnah tersebut. Kereta Chegubard pun sudah tiga bulan tak bayar. Itulah fitnah paling kotor yang dilemparkan kepada Chegubard.

Chegubard masih menanti surat jawapan Shamsul Iskandar tentang debat AMK. Chegubard juga semalam seharian telah menenangkan seluruh AMK termasuk dari Sabah melalui telefon.

Inilah insan bernama Chegubard yang jiwanya amat sayangkan Parti Keadilan Rakyat dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang mahu hancurkan parti yang telah dibina bersama sejak 12 tahun yang lalu.

Chegubard juga akan mengadakan himpunan anak muda "SELAMATKAN KEADILAN" di Dewan Perniagaan Cina Selangor esok Rabu 10 November 2010 jam 9.00 malam. Nurul Izzah turut akan hadir bersama termasuk AMK dari Sabah. Ayuh anak muda kita hadir beramai-ramai.

Ikuti penerangan video Chegubard tentang agenda misi serta visi "Penerus Perjuangan Reformasi"














* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/