SharpShooter Followers

Thursday, October 28, 2010

KEADILAN pelawa BN dan SAPP berdebat

IMG_3556SANDAKAN 28 Okt - Parti Keadilan Rakyat akan menganjurkan Debat Perdana yang akan memberi peluang kepada ketiga-tiga calon daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan Paeti Maju Sabah (Sapp) membentangkan kepada pengundi Batu Sapi agenda dan program masing-masing sekiranya di pilih sebagai Ahli Parlimen P185.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata surat jemputan debat yang ditandatangani oleh Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh akan dihantar secara rasmi kepada pejabat Datin Tsen Thau Lin yang mewakili BN dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee daripada Sapp.

"Kita akan hantar surat tersebut hari ini dan akan mendapatkan pengesahan pejabat mereka. Penganjuran debat ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memperkenalkan budaya politik baru di negeri Sabah," kata Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada sidang nedia di Bilik Gerakan Utama KEADILAN pagi tadi.

Beliau berkata Debat Perdana tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 31 Oktober pukul 2.00 petang di Sanbay Hotel, Sandakan.

Fuziah menambah tajuk debat tersebut adalah bebas dan terbuka tetapi menjurus kepada rancangan setiap calon untuk rakyat da pengundi Batu Sapi.

"Kita akan beritahu rakyat Batu Sapi mengenai program ini, samada calon lain menerimanya setuju berdebat atau tidak kita akan teruskan juga dengan program ini.

"Yang pentingnya pengundi Batu Sapi akan berpeluang apakan yang bakal dilakukan oleh calon-calon yang bakal mewakili mereka di Parlime nanti," kata Fuziah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/