SharpShooter Followers

Friday, October 22, 2010

AMK lancar kempen bantah projek menara Warisan Merdeka



Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap muda Keadilan, mahu melancarkan Kempen Bantah Bajet Anti Rakyat peringkat nasional untuk mengutip tandatangan rakyat membantah projek menara Warisan Merdeka 100 tingkat bernilai RM5 bilion.

“Intipati Bajet Najib adalah membina menara 100 tingkat yang bernama menara Warisan Merdeka oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan menelan perbelanjaan RM5 bilion.

“Peranan PNB adalah menaikkan taraf pelaburan dan menjaga kepentingan Bumiputra melalui pengurusan pelaburan portfolio,” katanya.

Sehubungan itu dalam kenyataan dikeluarkan, AMK berkata, pembinaan menara bukannya keutamaan PNB dan ia hanya menunjukkan kembalinya falsafah ekonomi “Mahathirism” dalam pengurusan ekonomi yang berteraskan mega projek.

Kata AMK lagi, projek Warisan Merdeka yang dijangka siap pada 2020 telah mendapat bantahan hebat rakyat jelata.

“Apakah ini rakyat diutamakan? Apakah manfaat RM5 bilion sekiranya boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah?

“Apakah RM5 bilion boleh diguna untuk menaikkan taraf kesihatan negara kita? Mengapakah kualiti hidup rakyat tidak diutamakan semasa pembangunan dijalankan?” kata sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat ini.

Sayap itu menambah, jika meninjau dalam Laporan Ekonomi 2010/2011, hutang kerajaan persekutuan telah meningkat daripada RM362 bilion pada 2009 kepada RM408 bilion tahun ini iaitu meningkat sebanyak 12.7 peratus setahun.

PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.

Selain itu, Hamad Kama Piah berkata, PNB turut merancang membangunkan sebuah menara tambahan berhampiran Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan mengubahsuai bangunan sedia ada.

Menurut AMK, pihaknya mahu kerajaan membatalkan penambahan cukai perkhidmatan dari lima peratus kepada enam peratus dan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan serta menasionalisasi syarikat PLUS dan tamatkan konsesinya.

AMK berkata pihaknya akan menggerakkan semua anggota untuk turun padang dan mengadakan pelbagai program seperti forum, ceramah dan mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembaziran Bajet 2011.

“Program kutipan tandatangan di seluruh Malaysia akan dijalankan oleh pimpinan AMK di cabang-cabang,”

Sharpshooter - Syabas kepada AMK yang bergerak agresif dan proaktif. Apatah lagi dalam musim pemilihan, sekilas ikan di air... ku dah tahu ikan buntal atau ikan bawal...he..he.. sambil menyelam minum air. Teruskan perjuangan...

Ketiadaan Jonah disisi Shamsul Iskandar juga menjadi seribu tanda tanya? Shamsul memang akui Jonah kini beban kepadanya, beliau telah menghubungi sharpshooter kelmarin dan menyatakan keresahan serta kebimbangan beliau terhadap Jonah kerana beliau bermasalah dengan kebanyakkan Cabang AMK Selangor.

Beliau juga bimbang kerana bak kata pepatah Arab...“ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Begitulah delima yang menimpa Shamsul kini dan beliau berkata tidak mustahil baginya untuk melakukan sekali lagi U-Turn kerana telah bertemu T-Junction sekali lagi. Ke kiri Jonah..ke kanan YB Chang Lih Kang...perkara ini pernah Shamsul berucap sewaktu penamaan calon. Katanya sebelah kiri Naib Presiden, sebelah kanan Ketua AMK, jadi saya pilih sebelah kanan. Ye lah betullah tu sebab di Malaysia mana ada -Turn sebelah kiri sebab itu beliau memilih sebelah kanan.

Shamsul Iskandar juga melalui sms bertanya kepada sharpshooter apakah perlu beliau isytihar YB Chang Lih Kang sebagai Timbalannya? Sharphooter menjawab..Ya sebab beliau berasal dari Perak dan salah satu agenda utama AMK adalah untuk merampas semula Perak. Beliau bersetuju dan adalah tidak adil Ketua dan Timbalan berasal dari Melaka. Shamsul Iskandar dan Jonah adalah orang Melaka.

Apakah mungkin Shamsul Iskandar akan isytihar YB Chang Lih Kang sebagai calon Timbalan Ketua pilihannya? Dalam dunia politik..segalanya mungkin..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/