SharpShooter Followers

Friday, September 17, 2010

Sokongan padu kepada Chegu Bard

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dikenali sebagai Che’gu Bard mengumumkan akan bertanding kerusi ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kosong secara rasmi hari ini.

Badrul yang juga Ketua PKR Rembau memaklumkan pendiriannya pada satu majlis yang dikenali sebagai rapat umum Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diadakan berhampiran Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

“Ya, Badrul sudah mengumumkan pendirian beliau pada rapat umum hari ini, tetapi kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian,” kata seorang pemimpin yang menghadiri pertemuan itu.

Difahamkan Badrul juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang sebagai gandingannya bertanding jawatan timbalan ketua AMK pada pemilihan kali ini.

Sebelum ini, Chang dinamakan sebagai salah seorang bakal calon kerusi ahli jawatankuasa dalam barisan Rafizi Ramli yang akan bertanding kerusi ketua AMK.

Setakat berita ini ditulis, Badrul yang juga penyelaras SAMM tidak dapat dihubungi untuk pengesahan.

Dalam beberapa tulisan di blognya sebelum ini Badrul antara lain berkata beliau menyerahkan kepada ahli PKR menilai sama ada wajar bertanding jawatan itu ataupun sebaliknya.

Petang tadi, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memenangi kerusi itu tiga tahun lalu mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, sebaliknya akan bertanding kerusi naib presiden.

Chang ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan mengumumkan pendirian rasmi selepas pulang dari luar negara 8 Oktober ini.

“Saya akan ke luar negara esok, dan pulang hanya pada 8 Oktober. Kemudian saya akan mengumumkan pendirian rasmi saya,” katanya yang turut menghadiri pertemuan SAMM hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan, Badrul tidak membuat sebarang pengumuman pada majlis itu.

Ketika ditanya tentang penyenaraian nama beliau bagi kerusi ahli jawatankuasa dalam barisan Rafizi, Chang berkata, “ya, betul.”

“Pada hari itu nama saya disenaraikan bagi kerusi exco, tetapi saya mungkin akan tanding jawatan lebih tinggi dalam AMK,” kata beliau tetapi tidak menyebut dengan tepat jawatan yang dimaksudkan.

Semalam, AMK Pulau Pinang mengumumkan sokongan padu kepada Badrul untuk merebut jawatan ketua AMK pusat.

“AMK Pulau Pinang secara terbuka memberi mandat kepada seluruh ahli AMK Pulau Pinang memilih calon terbaik mengetuai AMK pusat dan menyeru seluruh ahli parti di semua peringkat mengangkat saudara Shamsul Iskandar sebagai salah seorang calon naib presiden.

“Saudara Badrul mempunyai karisma dan kredibiliti untuk membawa AMK ke satu era yang terbaik selepas ia diberi ruang oleh Ketua AMK Shamsul untuk menaiki tangga yang lebih teratas bagi memberi sumbangan kepada parti,” kata Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Md Ghazali.

Sementara itu dalam Web Marhaen menyokong penuh Chegu Bard - Sempena Hari Malaysia ini, Web Marhaen ingin memaklumkan sokongan penuh terhadap chegubard a.k.a Badrul Hisham Shaharin sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Setelah bertahun - tahun terlibat di dalam arus perjuangan maya ini, kami melihat sosok bernama chegubard ini boleh diharap untuk memimpin gagasan anak muda, seterusnya memperkasa ketumbukan AMK di saat genting ini, ketika kita sedang berdepan asakan bertali arus dari Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun selaras dengan demokrasi yang diamalkan Parti Keadilan Rakyat, kami tidak akan memperlekeh calon - calon Ketua AMK lain kerana berpegang kepada prinsip 'adik beradik' di dalam parti.

Semoga chegubard terus istiqamah dalam perjuangan.

Di Latin Amerika kita ada Cheguevara, di Malaya kita ada Chegubard.

Bersama kita kibarkan semangat anak muda Malaysia menentang kebobrokan Umno dan Barisan Nasional. REFORMASI!

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/