SharpShooter Followers

Sunday, September 19, 2010

Anwar Ibrahim tetap dicalonkan jawatan Presiden

Cabang Rembau — bahagian kedua Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri Sembilan — mencalonkan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan presiden parti itu pada pemilihan kali ini.

Anwar memperoleh 72 undi manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima 56 undi.

Setakat semalam, Anwar mendapat tiga pencalonan walaupun beliau sudah pun menyatakan pendirian tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk bertanding kali ini.

Dr Wan Azizah berada di hadapan dalam senarai pencalonan jawatan presiden.

Cabang Kuala Pilah mencalonkan Anwar Ibrahim semalam.

Hari ini sekitar 30 cabang mengadakan mesyuarat agung tahunan di bawah sistem pemilihan langsung julung kali PKR.

Dalam pada itu, cabang Rembau mencalonkan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden.

Zaid juga menerima 72 undi untuk mengatasi Naib Presiden Azmin Ali yang menerima 61 undi.

Dr Lee Boon Chye, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan N. Gopalakrishnan dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

Rembau yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali sebagai “Chegubard” menamakan beliau bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan.

Badrul Hisham juga mendahului calon lain bagi jawatan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja Chang Lih Kang dicalonkan bagi jawatan Timbalan Ketua AMK.

Manakala untuk jawatan Naib Ketua AMK adalah YB Yunus, Dr Jurin Gun Salam dan Sivam.

Cabang Rembau juga telas meluluskan usul :- Wujudkan Kongres di Peringkat Negeri untuk lebarkan demokrasi.

Dalam erti kata lain, selepas ini Ketua AMK, Wanita dan MPN di Peringkat Negeri bukan lagi dilantik oleh Pusat macam UMNO tetapi dipilih secara demokrasi di peringkat Negeri tersebut.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/