SharpShooter Followers

Wednesday, August 25, 2010

Khairy dan Chegu Bard bersatu.........


Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.


Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini. "Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar. "Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Bertindak atas arahan Khairy, ketua Pemuda Umno negeri Mohd Helmi Din memberitahu Malaysiakini, beliau bersama sepuluh anggota pergerakan itu telah bergotong royong membersihkan surau itu pagi tadi. "Kami turut memberi sumbangan duit sumbangan kepada pengerusi surau," jelasnya yang mahu membantu pembinaan pagarnya.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.
"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis.

Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini. "Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru." Tindakan itu mungkin terlambat ekoran Pemuda Umno terlebih dahulu melawat surau tersebut.

Bagaimanapun, SAMM juga dijadual hadir memberikan sumbangan petang ini. Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah dan dibaling botol arak.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh. Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.


Sharpshooter : Bersatu kita bersatu....kita semua anak hantu...he..he..
Layari Blog Chegu Bard untuk ketahui lanjut kisah ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/