SharpShooter Followers

Saturday, August 07, 2010

CEO letak jawatan terlibat siasatan skandal gangguan seksual.

PALO ALTO, 7 Ogos — Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett-Packard (HP) Mark Hurd meletakkan jawatannya serta-merta semalam selepas syarikat itu mendedahkan beliau mengadakan hubungan dengan kontraktor wanita dan salah guna kedudukannya untuk ‘habuan seks’.

Hurd yang berusia 53 tahun dipaksa melepaskan jawatan selepas HP mendapati beliau menjalin hubungan intim dengan seorang wanita, yang pernah bekerja dengan syarikat itu berhubung aspek pemasaran.

Syarikat pengeluar komputer dan pencetak itu berkata, Hurd telah memalsukan laporan perbelanjaan dan dokumen-dokumen kewangan lain dalam usaha menjalin hubungan dan memperoleh bayaran bagi kerja-kerja yang wanita itu tidak lakukan.

Bagaimanapun laporan MSNBC memetik sumber berkata, Hurd tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan kontraktor wanita berkenaan dan bayaran dibuat kepadanya sepanjang dua tahun lalu tidak melebihi AS$20,000 (RM62,900).

Hurd, mengetuai HP sejak lima tahun lalu dan telah berumah tangga, melepaskan semua jawatan dalam syarikat itu serta-merta.

HP memulakan siasatan 29 Jun lalu selepas kontraktor itu mendakwa dia berhadapan dengan gangguan seksual daripada Hurd.

Hurd pula berkata, “ia satu keputusan yang sukar untuk dibuat tetapi mengakui ada keadaan “di mana saya tidak dapat mencapai standard dan prinsip kepercayaan, hormat dan integriti yang saya tekankan di HP.”

Sharpshooter :- Di Pulau Pinang pegawai terlibat skandal seksual dilindungi malah mahu dinaikkan pangkat lagi.

Laporan dan bahan bukti secara dalaman telah dibuat...tetapi malangnya....entahlah....

cakap salah...tak cakap pun salah....



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/