SharpShooter Followers

Wednesday, July 07, 2010

Hari ini 7 Julai 2010 cuti umum P.Pinang

7 Julai cuti umum Hari Warisan George Town

PULAU PINANG - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum pada 7 Julai sempena Hari Bandar Warisan George Town di negeri ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata, cuti umum itu berkuatkuasa mulai tahun ini sebagai meraikan hari pengisytiharan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai tahun lepas.

"Penetapan 7 Julai sebagai Hari Cuti Umum ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan Surat Pekeliling mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada semua Ketua-ketua Jabatan, Agensi Persekutuan dan Negeri serta Ketua Pengarah Pelajaran bagi memaklumkan perkara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, surat pekeliling yang sama juga telah dihantar kepada Persatuan Pekilang-Pekilang, Persatuan Bank-Bank, Persatuan Hotel-Hotel, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga pertubuhan parti-parti politik di negeri ini.

Zainal Rahim berkata, bagaimanapun hari kelepasan am itu tidak menjadi "cuti berbayar" mengikut Seksyen 60D (1)(a) Akta Pekerjaan (Akta 265) kecuali jika majikan bersetuju berbuat demikian dengan pekerja mengikut Seksyen 60D(1A) Akta 265.

Akta itu menetapkan bahawa empat hari iaitu Hari Jadi Yang Dipertua Negeri, Hari Jadi Yang di-Pertuan Agong, Hari Kebangsaan dan Hari Buruh mesti diiktiraf oleh majikan daripada 10 hari cuti awam di mana baki enam hari lagi adalah atas budi bicara majikan.

"Walaupun cuti umum itu tidak mewajibkan semua majikan mematuhinya, namun kerajaan negeri berharap majikan dapat memberi kerjasama dengan memberi kelepasan am bagi memberi peluang kepada pekerja mereka mengambil bahagian meraikan sambutan Ulang Tahun Pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang dianjurkan kerajaan negeri," katanya

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/