SharpShooter Followers

Saturday, June 05, 2010

Demo Anti Israel halau Apco di Sg Petani

Di Kedah juga tidak ketinggalan mengadakan demo anti Israel halau APCO. Bertempat di Dataran Zero berhampiran jam besar demo diadakan selepas solat Jumaat.


Semasa Sharpshooter sampai, Cikgu Azman Ketua AMK Sg Petani sedang berucap.
Cikgu Azman memang hebat dan berani...lawan tetap lawan...hancur amco..halau apco...Lepas ni kena jadi calon cikgu Azman...kalau takut pada risiko usah bicara soal perjuangan..


Polis di Kedah memang cool...tolong jaga lalulintas lagi..cayalah...





Wanita Keadilan turut hadir...

Angah sempat tersengeh...




Sharpshooter turut diberi peluang untuk berucap selaku Exco AMK Malaysia..apa lagi...hidup..hidup..hidup Islam...hancur...hancur..hancur..amco..halau..halau..halau apco....

Selepas sharpshooter Ustaz Sidek Noor pula berucap...memang semangat Ustaz Sidek Noor...beliau berkata kalau nak lawan Israel kena hancurkan UMNO dulu sebab umno sekutu Israel...Kalau nak perang jangan harap umno...umno bukan berani...kalau ditakdirkan perang...kita akan lawan sampai ke titisan darah terakhir..Kita rela mati syahid...Takbir....

Kanak-kanak turut serta berdemo...Depa pun tau Israel jahat..serang kapal bawa makanan...



Yang ini sahabat sharpshooter memang seorang pejuang tulen..Imam muda Ahmad namanya tetapi lebih dikenal dengan gelaran Mad Demang...dulu Imam Muda Surau Perda Teluk Kumbar tetapi sekarang beliau tinggal di Kulim. Aktivis PAS.






Ahli Parlimen Sg Petani Abang Joe turut berucap tetapi sahabat baiknya Zulkifli Noordin mana?..bukankah dia seorang pejuang Malayu Islam Tulen No 1 Di Malaysia?











Ada yang bertanya betulkah dengan cara ini kita akan dapat membebaskan palestin?

Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi di sinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan Al Banna: “Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burung pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat Islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk Islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

Tetapi hari ini bantahan bukan sekadar umat Islam sahaja malah satu dunia termasuk yang bukan Islam di Amerika. Mereka juga turut mengadakan tunuk perasaan.

Inilah salah satu cara berjuang yang orang awam lakukan di seluruh dunia. Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua..Amin..Takbir..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/