SharpShooter Followers

Saturday, June 26, 2010

40 ulama muda sertai umno

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bor
ang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.

Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap.

Sharpshooter :- Nabi ajar kita bersangka baik...kita sangka baiklah...paling tidak judi sukan sudah ditarik balik....

KIta tunggu dan lihat....jangan jadi ulama kangkong sudahlah...

Mungkin selepas ini bib mama pun berubah...pakai purdah...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/