SharpShooter Followers

Wednesday, May 12, 2010

Fitnah terserlah...

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perjalanan perbicaraan fitnah ke atasnya semalam kelihatan dramatik apabila barisan peguambela mendapati keterangan saksi utama bercanggah dengan kertas pertuduhan.

Peguam Karpal Singh berhujah kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan bercanggah kerana mendakwa hubungan tersebut dilakukan tanpa kerelaannya sedangkan Anwar dibicarakan menurut Seksyen 377B, iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Percanggahan tersebut menunjukkan kelemahan pihak pendakwaan dalam menyediakan kertas pertuduhan kata Karpal.

"Hakim sendiri mengakui bahawa ini kali pertama dalam sejarah yang beliau berhadapan dengan kes di mana keterangan saksi bertentangan dengan kertas pertuduhan," kata Anwar.

Anwar mendedahkan bahawa pengulangan babak seperti ini mirip kepada episod pertama tuduhan fitnah ke atasnya.

Beliau menjangkakan pertuduhan ke atasnya akan dipinda mengikut selera politik pihak yang mahu menamatkan karier politiknya.

"Pendakwa tidak bersedia dalam kes ini dan tidak melihat kepada laporan perubatan dan keterangan doktor. Seolah-olah mereka sedang merangka strategi untuk disesuaikan dengan keperluan," jelas beliau kepada media.

Ketika ditanya mengenai persediannya bagi menghadapi pengulangan tuduhan fitnah yang serupa, beliau dengan tegas berkata bahawa apa yang menimpa beliau dan keluarga akan dihadapi dengan sabar.

"Najib akan terus menyerang saya dengan menggunakan apa cara sekalipun termasuk tindakan di luar undang-undang. Tapi saya yakin bahawa rakyat Malaysia tidak akan berjaya diperbodohkan dan kebenaran akan terserlah juga" kata Anwar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/