SharpShooter Followers

Wednesday, April 14, 2010

ZAHRAIN LULUS TEMPAT 15 MESIN SLOT JUDI

RAHSIA sebenar Zahrain terlalu marah pada Guan Eng hingga melebel Guan Eng sebagai komunis, cauvinis dan diktator akhirnya terbongkar juga.

Rupa-rupanya semasa Zahrain memegang Island Golf Penang (IGP), beliau telah meluluskan sebuah bilik yang akan dijadikan tempat perjudian 15 mesin slot judi.

Terdahulu Guan Eng mendedahkan Zahrain telah memberi tender IGP RM40 juta kepada sebuah sya
rikat yang modal berbayar hanya RM2. Inilah punca sebenar kenapa Zahrain terlalu marah pada Guan Eng.

Sementara itu kerajaan P.Pinang baru meluluskan tender IGP kepada sebuah syarikat dari Jepun yang menawarkan keuntungan RM1.3 juta setahun kepada kerajaan negeri P.Pinang. Syarikat tersebut juga akan memberi keuntungan RM13 juta untuk tempoh 10 tahun dan RM29juta bagi tempoh 20 tahun kepada kerajaan negeri P.Pinang.

Sebanyak 7 syarikat telah memasuki tender terbuka IGP dan sebuah syarikat dari Jepun yang punyai modal berbayar RM5 juta telah berjaya mendapat tender tersebut.

Syarikat Jepun juga
telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM51 juta dan dalam tempoh 20 tahun, pelaburan syarikat tersebut akan berjumlah RM80juta.

Ini jauh berbeza dari syarikat RM2 yang Zahrain mahu berikan tender tersebut 'kononnya' tiada syarikat lain yang berminat. Syarikat RM2 tersebut juga menawarkan keuntungan kepada Kerajaan Negeri P.Pinang tidak sampai sejuta setahun.

Perkara ini akan didedahkan dengan lebih terperinci oleh Dr Mansor Othman esok ataupun pada masa yang sesuai-sharpshooter.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/