SharpShooter Followers

Monday, April 19, 2010

Fairus akan jadi Timbalan Perdana Menteri

Mulanya bising tentang rasuah yang kononnya melibatkan dengan Fairuz yang ketika itu beliau masih lagi menjadi Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, kemudian tekanan demi tekanan yang akhirnya Fairuz meletakkan jawatannya.

Tidak lama kemudian, diadakan satu majlis makan malam di rumah salah seorang ahli politik, dan aku dijemput hadir juga. Di sana, kelihatan Fairuz.

Ketika itu, ada seorang ulama dari Bosnia hadir, iaitu mufti Mustafa Ceric. Memandangkan aku lemah dalam bahasa Inggeris, dan Syaikh Mufti pula berceramah dalam bahasa Inggeris, makanya aku mengambil ‘port’ diluar sahaja, dan mendengar terjemahan dari kawanku, Eddieputra.

Namun begitu, sedang kami duduk di satu meja makan di luar, lalu datang Fairuz duduk bersama, kemudian dihadiri pula oleh beberapa orang kawan, yang semua mereka berparti PKR.

Di luar, focusku kepada ceramah Syaikh Mustafa Ceric sudah hilang, sebaliknya mendengar ceramah ‘agama’ dari ‘ulama’ yang merupakan bekas Timbalan ketua Menteri, Fairuz Khairuddin.

Aku kagum dengan cara Fairuz ‘goreng’; mengolah perkataan dan ungkapan ayat. Begitujuga gaya mengangkat bahu dan tangan. Cara dia bercakap, benar-benar memperlihatkan gaya kepimpinan seorang tokoh politik.

“kita kena tekankan soal tarbiah dalam PKR” ungkapnya.

“Huyyo... sekali dia sebut tarbiah la pula” hatiku berbisik sendirian.

Banyak yang diolah, terutama berkaitan dengan dirinya. Seperti keadaannya ketika dia memegang jawatan Timbalan ketua Menteri, perubahan yang PKR perlu lakukan, tarbiah perlu diwujudkan dalam PKR dan banyak lagi.

Boleh dikatakan, semua ungkapannya aku percaya, tiba-tiba dia berkata, “Saya pergi ke Indonesia, berjumpa dengan seorang Kiai di Pesanteran Wali Songo, Sunan Kalijaga.. dia tengok dalam air hikmah, didapati nama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Saya menjadi Timbalan Perdana Menteri”

Tertelan air liur aku mendengar ungkapan akhir itu. aku mula menghantar sms kepada Eddieputra yang berada sebelahku.

“eh.. kau percaya ker apa yang barua ni cakap?” kandungan SMSku kepada Eddie.

Eddie senyum dan ajak aku beredar.

Kami pun beredar. Ketika kami berada agak jauh daripada beliau, kami terus ketawa besar; ketawa terbahak-bahak.

”aku mula-mula nak percaya dah.. tiba-tiba dia sebut Sunan Kalijaga, lepas tu siap timbalan perdana Menteri pula, terus semua yang dia cakap aku tak percaya..” ujarku kepada Eddieputra dalam keadaan ketawa.

Sejak daripada itu, Eddieputra terus memasyhurkan Fairuz dengan ‘Sunan Kalijaga’. Permasyhuran itu dimaklumi sangat dikalangan kami.

Itu kisah semasa awal-awal Fairuz letak jawatan, tetapi hari ini berita memaklumkan bahawa Fairuz sudah masuk UMNO. Tak tahu la, sapa pula lepas ni nak kena ‘goreng’ pula...

Sekian

Wallahu

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/