SharpShooter Followers

Friday, April 16, 2010

DEMO NYAHKAN APCO



Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan siang tadi berhimpun di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru bagi mendesak kerajaan menamatkan segera khidmat firma perunding Israel, Apco Worldwide dalam sektor komunikasi negara.

Himpunan lebih kurang 15 minit sejurus solat Jumaat itu berlangsung secara aman disertai hampir 100 jemaah hadir.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wialayah, Kamaruzaman Mohammad ketika menyampaikan ucapannya meminta kerajaan tidak menunggu sehingga bulan Ogos ini untuk menamatkan khidmat firma perunding terbabit.

"Kita tuntut kerajaan Malaysia menamatkan Apco sertamerta dan bukan tunggu bulan 8," tegasnya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Penglibatan Apco jelasnya mendedahkan negara kepada bahaya besar kerana firma asing tersebut mampu mengakses maklumat penting negara.

Selain itu, ianya juga turut mengguris hati umat Islam yang selama ini menentang kezaliman Zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.

Turut berucap sama pada himpunan tersebut Presiden Gamis, Mohd Idris Mohd Yussoff.

Kamaruzaman juga turut memberitahu, himpunan lebih besar akan diadakan jika firma Israel itu masih terus diberi muka berkhidmat di negara ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/