SharpShooter Followers

Tuesday, March 23, 2010

Adun Titi Tinggi lebih bermaruah???

KEADILAN Perlis sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi ekoran pengumuman perletakan jawatan wakilnya, Yip Sun Onn hari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis Johari Shafie berkata buat masa ini beliau difahamkan Speaker DUN Perlis masih belum menerima surat perletakan Yip.

"Barisan Nasional masih cuba memujuk supaya beliau tidak melepaskan jawatan. saya difahamkan keputusan beliau itu mungkin didorong kerana beliau digugurkan sebagai Exco baru-baru ini. Mungkin beliau merajuk," kata Johari.

Johari berkata kerusi Titi Tinggi adalah kawasan KEADILAN apabila calon parti itu, Keria Senawi bertanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu dalam pertandingan tiga penjuru.

Yip menenangi kerusi itu dengan memperolehi undi sebanyak 3,399 sementara Keria beroleh 846 undi dan calon bebas, Mohammad Razi Mustaffa 1,585 undi.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Zamri Sapar berkata akan akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya di beri peluang sekali lagi untuk bertanding di kawasan tersebut.

"Kita akan membuat persediaan seperti biasa dalam mana-mana pilihan raya keci. Kita bersedia sekiranya kita diberi peluang bertanding di situ sekali lagi," kata Zamri.

* Difahamkan ADUN BN Titi Tinggi PERLIS letak Jawatan kerana marah pada Pemimpin MCA ....

TAK PAYAH LOMPAT ,TAK PAYAH BAYAR. Beliau ada Maruah.Mungkin beliau lebih bermaruah dari pimpinan Melayu yang melompat dengan menjual nama Allah sebagai alasan.

Sementara itu, UMNO menghantar Bakri (Adun Kayang) Exco kerejaan Perlis untuk memujuk beliau.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/