SharpShooter Followers

Saturday, February 13, 2010

AMK CABAR ZAHRAIN LETAK JAWATAN


ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU

Merujuk kepada pengumuman keluar parti Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Bayan Baru-


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) memandang pengumuman keluar parti oleh Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai tindakan yang memang telah dijangka. AMK Bayan Baru melihat ini sebagai proses pembersihan di dalam Parti Keadilan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) melihat keengganan beliau untuk bersama dalam merealisasikan kesepakatan yang dicapai dalam konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada penghujung tahun 2009 tanda jelas beliau akan berpaling dari landasan perjuangan yang menjadikan agenda membela rakyat sebagai nawaitu utama, bukan agenda mengambil kesempatan dan bersikap oputunis. Tindakan beliau yang secara terus menggunakan saluran media serta secara terbuka mengkritik YAB Lim Guan Eng dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat DS Anwar Ibrahim takkala negara dibayangi dengan kes fitnah liwat siri 2 menampakkan ada kepentingan terselindung cuba disenandungkan oleh beliau


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

Justeru dengan ini,


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) menegaskan yang kami tidak akan terbuai dengan falsafah perjuangan tanpa prinsip dan akan terus ke depan dalam memperjuangkan nasib masyarakat teramai. Perjuangan bermaruah akan terus dijunjung untuk memastikan rakyat Pulau Pinang dan Bayan Baru khususnya terus maju dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim agar melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana kemenangan beliau adalah diatas usaha keras dan kerjasama jentera Pakatan Rakyat dan sokongan serta undi dari rakyat yang memilih Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat, bukan Ahli Parlimen dari kalangan mereka yang mengelar diri mereka Bebas.


AHMAD AZRIZAL TAHIR

Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)

12 hb Feb 2010



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/