SharpShooter Followers

Wednesday, January 06, 2010

TUNTUTAN QAZAF DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Tarikh : 7 Januari 2010
Masa : 10 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Mahkamah Syariah Kuala Lumpur


Keterangan


Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 7hb
Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavit
serta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengaja
ditangguhkan itu.

Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN dinamakan di atas yang mempunyai alamat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) dinamakan di atas yang mempunyai alamat di
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan
Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI dinamakan di atas yang mempunyai alamat di
Aras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62159 W.P. Putrajaya,
Malaysia.

Antara tuntutan tersebut:

1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah
Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Pertama supaya
menggunakan kuasanya yang diberi di bawah Seksyen 58(2) Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan kerana kesalahan Qazaf
di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau Hukum Syarak
dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah Mahkamah

2. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di
bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Kedua dan Responden
Ketiga supaya menunaikan amanah dan melaksanakan kewajipan mereka di
bawah undang-undang dan Hukum Syarak.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/