SharpShooter Followers

Monday, January 04, 2010

Kenapa tiada rayuan 24 jam seperti isu MB Perak

Oleh Tulang Besi

Sewaktu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah MB yang sah, maka UMNO telah membawa kes tersebut ke mahkamah Rayuan. Hasilnya, tidak sampai 24 jam, keputusan Mahkamah Tinggi itu telah di berhentikan dari dilaksanakan.Dalam kes Nizar, dengan tiada asas yang jelas, Hakim lantikan Linggam tersebut telah memberi “stay-of-execution” kepada keputusan Mahkamah Tinggi menyebabkan Nizar terpaksa mengosongkan pejabat MB yang baru beberapa jam beliau duduki itu.

(Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.)

Soalannya, mengapa UMNO tidak menggunakan taktik yang sama dalam kes “Nama Allah” ? Mengapa UMNO tidak membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dengan segera dan mendapatkan “stay of execution” ( pemberhentian dari perlaksanaan) secepat seperti dalam kes Nizar tempohari?

Bagi saya, isu nama Allah ini adalah isu yang digunakan UMNO untuk memerangkap PAS serta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Mana mungkin UMNO yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba bersemangat untuk memperjuangkan Islam?

ISU INI SUDAH LAMA MAHU DIGUNAKAN UMNO

Sebelum saya ditendang dari “Muslim Blogger Alliance” pimpinan Mahaguru 59 (tanpa sebab), saya mendapat satu email berkenaan pertemuan beberapa blogger (termasuk Mahaguru59) dengan pegawai-pegawai JPM serta Zahid Hamidi.

Antara isu yang dibesar-besarkan dalam pertemuan itu adalah isu nama Allah yang diminta oleh Gereja Katholik Malaysia.

Saya nakal dari email yang dihantar oleh Mahaguru58:

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan, President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the problem being created by the publishers of the Malaysian Roman Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term 'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their Christian magazine..

Ini bererti, UMNO sudah lama bercadang menggunakan isu “nama Allah” ini untuk menyemarakan semangat kebangsaan Melayu supaya timbul perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu dengan bangsa dan agama lain.

Padahal isu Najib lulus 10 lesen judi baru itu lebih jelas bertentangan dengan Islam dan tidak pun Mahaguru58 serta JPM memperjuangkannya.
JELAS, isu ini satu perangkap untuk memecahbelahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Ia bukan bertujuan untuk memperjuangkan Islam sama sekali.
Lagi pula, mahkamah di Malaysia di tangan UMNO. Mengapa UMNO tidak menggunakan mahkamah dalam hal ini, saya pun tidak tahu.

NAMA ALLAH SUDAH DIGUNA SECARA MELUAS OLEH ORANG KRISTIAN DI SABAH SARAWAK SEBELUM MENYERTAI MALAYSIA

Tujuan penggunaan nama Allah ini bukan tujuan jahat dari pihak Gereja Katolik. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, mereka telah menggunakan nama Allah sejak sekian lama, malahan sebelum menyertai Malaysia lagi.

Ini adalah lantaran kemasukan bahan-bahan Kristian dari Indonesia yang kesemuanya menggunakan nama Allah di dalam nya.

Adapun, tuduhan bahawa tindakan ini akan menyebabkan orang Islam murtad adalah tuduhan yang tidak bijak. Di Indonesia,fenomena murtad adalah lantaran dari ideology PANCASILA yang diperkenalkan oleh orang Islam sendiri dan bukannya orang Kristian.
Di Malaysia, tidak mungkin akan berlaku peristiwa murtad hanya kerana orang-orang Krisitian dibenarkan menggunakan nama Allah. Lagi pula, Gereja Katolik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana khabar angin berkaitan dengan kemurtadan satu masa dahulu.

Dan, peristiwa murtad di Malaysia pun adalah lantaran kelemahan usaha dakwah serta tekanan dan penindasan usaha dakwah yang sekian lama dilakukan oleh UMNO. Bukan kerana penggunaan nama Allah oleh agama2 samawi.

ISU MURTAD DI MALAYSIA

Bukankah sebuah NGO Islam di Malaysia pernah menyamar dan menghadiri “mass” di salah sebuah gereja di Malaysia. Hasil dari penyamaran mereka menunjukkan bahawa “muka-muka” Melayu yang menghadiri “mass” itu adalah mereka yang sudah kristian dan berasal dari Sabah dan Sarawak. Ertinya, tidak dapat dipastikan bahawa usaha memurtadkan orang Islam ini berjalan dengan agresif atau tidak?

Cumanya, orang-orang yang biasanya kita anggap orang Melayu yang menghadiri upacara agama Kristian ini adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka memang telah Krisitan sejak asal.

Saya pernah makan di restoran ayam golek dan roti john di Cheng,Melaka pada hari Krismas. Dan restoran tersebut bersebelahan dengan sebuah gereja. Dan saya pun terkejut melihat ramai muka Melayu yang menyambut Hari Natal di Gereja tersebut. Saya bertanya kepada tuan punya restoran, mengapa ramai Melayu yang bersembahyang di Gereja tersebut. Tuan punya restoran tersebut, seorang yang berumur, berkata itu semua adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka telah kristian sejak lahir lagi. Saya bertanya bagaimana beliau tahu. Dia menjawab, dia bertanya sendiri kepada “muka-muka” Melayu tersebut. Mereka semua adalah Kristian

Sebagai penutup, jelas bahawa isu ini hanya mainan UMNO semata-mata. Jangan kita lupa peristiwa 13 Mei, Operasi Lalang dsbnya di mana UMNO selalu memprovokasi keadaan yang biasanya berakhir dengan kerugian di pihak kita.

Adakah logik sebuah parti yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba mahu memperjuangkan ISlam? Inilah yang orang-orang tua panggil "Musang Berbulu Ayam".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/