SharpShooter Followers

Sunday, December 06, 2009

KRISIS PERAK - YAB DATO' SERI NIZAR DI PENANG



Alhamdulillah program berjalan lancar, saya ditugaskan oleh YB Sim (Pengerusi Biro Komunikasi) untuk membawa Dato' Seri Nizar dari stesen minyak Caltex ke Kompleks Penyayang Jalan Utama.

YB Sim (Adun Pantai Jerejak) mempengerusikan majlis tersebut kemudian Dr Mansor Othman memulakan ucapan alu-aluan pada malam tersebut.


YAB Dato' Seri Nizar selaku Menteri Besar Perak memang seorang pemimpin yang mempunyai karisma tersendiri. Beliau menceritakan bagaimana kemenangan di Perak pada March 2008 adalah sesuatu yang memang tidak pernah di duga.

DAP menang semua kerusi (18) manakala PKR 7 kerusi dan PAS 5 kerusi. Oleh kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak mewajibkan Menteri Besar Perak mesti seorang Pemimpin Melayu Islam, akhirnya jawatan tersebut diamanahkan kepada beliau walaupun beliau menolak pada awalnya.

Beliau seterusnya menceritakan bagaimana teruknya UMNO dan BN yang merampas kuasa di Perak dan beliau sendiri pernah ditawarkan jutaan ringgit untuk melompat dan beliau akan terus kekal sebagai Menteri Besar dan 4 orang exco dari PAS sekiranya bergabung dengan UMNO.

Tetapi Alhamdulillah....ternyata hasrat umno itu gagal dan beliau bersama sahabat-sahabat PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Selepas ucapan, YAB Dato' Seri Nizar menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh para hadirin.





Dalam sidang media selepas program, beliau berkata sekiranya keputusan mahkamah memihak kepadanya, sudah pasti beliau akan bubarkan Dun Perak dan beliau juga berharap sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada BN, beliau juga berharap Zamry akan bubarkan Dun Perak.

Seperti mana masalah MCA yang begitu meruncing sekarang dan akhirnya jalan terbaik adalah mengadakan pemilihan semula dalam MCA, ini adalah saranan Najib. Persoalannya sekarang, mengapa umno dan bn tidak mahu bubarkan Dun Perak
untuk mencari penyelasaian terbaik. Bukankah Rakyat didahulukan?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/