SharpShooter Followers

Tuesday, December 01, 2009

Adakah perlu Ustaz Hadi keluarkan kenyataan begitu?

Ramai yang terkejut dengan kenyataan Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang yang menyalahkan penasihat-penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme.

Saya tidak tahu daripada mana sumber yang Presiden PAS perolehi, tetapi kritikan sedemikian yang merupakan sesuatu yang sebelum ini tidak digalakkan mana-mana pemimpin untuk membuat kenyataan kepada media berhubung dengan soal dalaman parti nampaknya sudah tidak bermakna lagi.

Haji Abdul Hadi dilaporkan di dalam kenyataannya menyebut:

Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.

Sekalipun ia hanya mengambil sekitar dua baris di dalam sesebuah halaman, namun kesannya besar shingga akhbar-akhbar termasuk akhbar online memfokuskan ayat tersebut untuk menimbulkan suasana hurang harmoni di kalangan para ahli.

Ahli PAS kini tertanya-tanya siapa yang Tuan Presiden maksudkan dengan "mereka yang bertugas di sekeliling" atau apakah Tuan Presiden sendiri yang tidak mendapat maklumat yang betul dari penasihat-penasihat yang mengitari mengenai hal yang berlaku?

Nik Abdul Aziz sendiri pernah menyatakan bahawa beliau sudah tua untuk didalangi yang bermaksud beliau tidak ada penasihat yang mendalangi apa-apa keputusan Nik Aziz dan tidak juga timbul soal "mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul" kepadanya.

Lain-lain di dalam kenyataan itu amat terpuji isi kandungannya dan adalah amat bagus sekiranya perenggan yang menyentuh mengenai "nasihat orang keliling" itu tidak disebutkan kerana ia memerlukan pembuktian, tanpa bukti ia adalah fitnah.

Jika nak dikatakan satu persepsi, ia hanya persepsi dari mereka yang dikenali kumpulan UG yang berdiri bersama Tuan Presiden sendiri. Tetapi bilangannya minoriti dalam parti.

Kalau nak dibedah dan dedah penasihat-penasihat Tuan Presiden lebih banyak yang tak beri nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Presiden sehingga timbul pelbagai isu perpecahan dalam parti, malah sehingga kini ramai yang tak berpuashati dengan kepimpinan Tuan Presiden.

Lebih baik tak usah sebab nanti ada yang memaki-maki GB dan GB memungut pahala-pahala percuma manakala dosa-dosa kering terlempar kepada pemaki-pemaki itu lantarannya.


Sumber :- RAKYAT MARHAEN

Sementara itu Dewan Ulama Pas Kelantan hari ini menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Ketuanya, Datuk Mohamad Daud Iraqi, berkata Dewan Ulama menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat yang dibaca di rumahnya di Kubang Kerian, dekat sini, Ahli Dewan Undangan Negeri Demit itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibukakan hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat bagi royalti minyak itu ditunaikan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/