SharpShooter Followers

Monday, November 30, 2009

Ezam serang PAS pula

AKHBAR Sinar Harian melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang sebelum ini begitu lama menyepikan diri.

Kali ini raja sesumpah seperti sudah bosan untuk menghentam bekas sifunya DS Anwar setelah kali terakhir beliau menghentam seorang wanita iaitu DS Wan Azizah. Apabila DS Anwar dan DS Wan Azizah tidak berselera untuk menyahut cabaran bodoh dari Ezam, maka Ezam kini beralih pula kepada parti PAS sebuah parti yang dahulunya Ezam sanjung sebagai parti yang layak memerintah Selangor.

Akhbar Sinar mengeluarkan kenyataan raja sesumpah bahawa parti PAS bukan sempurna. Islam itu sempurna sedangkan Parti Islam adalah satu perkara yang lain dan tentunya tidak sempurna.

Saya sendiri tidak tahu semenjak bila kita mengatakan PAS itu sempurna dan bila pula kita menganggap bahawa PAS itu agama? Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS juga bukan maksum dan sudah tentu parti yang diterajuinya tidak sempurna. PAS adalah wadah untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno pula wadah untuk memperjuangkan semangat kebangsaan. Jauh bezanya perjuangan kedua-dua parti ini dan raja sesumpah sanggup menyembah parti yang bersifat kebangsaan dan menentang parti yang memperjuangkan agama.

Oleh yang demikian, tidak hairan apabila Ezam sentiasa mencari kelemahan PAS untuk menghalalkan tindakannya menjilat ludah beliau untuk kembali bersekongkol dengan Umno yang suatu ketika beliau menganggap sesiapa yang menyertai Umno hanyalah untuk kebendaan.

Ezam kini tiada arah di dalam perjuangannya setelah terperangkap dengan kebijaksanaan Umno memerangkap beliau dengan umpan keduniaan. Beliau kini terpaksa mencari salah dan silap PAS setelah beliau gagal untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap PKR.

Memang benar PAS tidak sempurna tetapi sehingga kini tidak seorang pun pemimpin PAS yang didapati terlibat dengan rasuah atau penyelewengan jauh sekali melakukan kezaliman terhadap rakyat. Bagaimana dengan parti yang dijunjung oleh Ezam? Kredibiliti Presiden Umno sendiri pun dipertikaikan dengan berbagai salah laku.

Rakyat sudah dapat menilai apa yang berlaku terhadap PAS cuma isu kepimpinan di peringkat dalaman dan bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Itu pun isu yang terlalu mudah akan dapat diselesaikan kerana kepimpinan PAS bukan seperti Umno. Umno berebut jawatan kerana inginkan kebendaan dan kepentingan sendiri, sedangkan PAS mahukan perubahan hanyalah untuk memperkuatkan perjuangan membela Islam dan rakyat. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Kelantan amat menakjubkan kita. YB Husam Musa berkeras tidak mahu dicalonkan sebagai MB Kelantan, begitu juga dengan YB Nik Amar. Pernahkah ini berlaku dalam Umno?

Sekali lagi ingin kita nasihatkan Ezam agar berfikirlah dengan hati dan iman jika beliau masih beriman. Tanyalah pada diri Ezam sendiri, antara Umno dan PAS, manakah yang lebih baik dan telus? Jawablah dengan jujur dan jangan menipu diri sendiri. Jika beliau rasa malu dan segan untuk kembali bersama dengan rakyat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sewajarnya beliau diam sahaja kerana apabila beliau bersuara menunjukkan bukti betapa kata-katanya dahulu memang benar bahawa `hanya mereka yang mahu kebendaan sahaja yang sanggup duduk dalam Umno'.

Sumber : WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/