SharpShooter Followers

Monday, November 09, 2009

ANWAR BAGI KATA DUA

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi kata dua kepada pemimpin dan anggotanya — sama ada setia atau keluar daripada parti itu jika tidak mahu mengikut dasar dan keputusan ditetapkan.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersedia untuk menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan ahli-ahli yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripa
da parti,” kata beliau

Ini dilihat sebagai pendirian tegas dinyatakan Anwar ekoran perkembangan dalam parti itu sejak beberapa bulan lalu.


Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam tadi.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar menambah, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” kata beliau lagi.

PKR, yang kini berhadapan dengan masala
h dalaman sejak beberapa bulan lalu termasuk isu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi ahli Bebas yang menyokong Barisan Nasional, sedang mengadakan konvensyen peringkat negeri.

Konvensyen PKR Perak akan berlangsung pada 14 November ini dan disusuli Selangor dan Kelantan pada keesokan hari manakala PKR Wilayah Persekutuan pula 16 November, Terengganu (20 November), Negri Sembilan, Melaka dan Johor (22 November) manakala Kedah dan Perlis (10 Disember).

Di Sabah pula krisis dalaman parti itu bermula dengan penentangan terhadap pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri sehingga membawa kepada 18 daripada 25 ketua bahagian menghantar memorandum bantahan ke peringkat pusat.

Sebelum Azmin, PKR negeri diketuai Anwar sendiri yang dilantik menggantikan Ansari Abdullah.

Bagi menyelesaikan kemelut tersebut, PKR pusat melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua perhubungan negeri yang baru.

Bekas Naib Presidennya, Datuk Jeffrey
Kitingan hanya dilantik sebagai ahli dalam Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak. Keputusan itu mendorong peletakan jawatan Jeffrey dan Ketua PKR bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew daripada semua kedudukan dalam PKR pusat bulan lalu.

Beberapa hari sebelum itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai PKR Jun lalu mengumumkan beliau akan bercuti selama enam bulan dari Biro Politik parti itu, dipercayai ekoran masalah dalaman.

Beliau dilaporkan mengambil keputusan itu selepas dihalang daripada menghadiri program-program di Sabah.

Sementara itu, Anwar yang mengulas pandangan pengunjung-pengunjung blognya berhubung isu "katak dalam parti" yang dipercayai dikaitkan dengan isu ADUN Pelabuhan Klang, berkata, masyarakat Klang d
an Selangor arif masalah tersebut.

"Saya dukacita mengenangkan pengorbanan ramai rakan yang berhempas-pulas memenangkan mereka sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

"Namun akhirnya mereka telah memilih jalan untuk mengkhianati amanah rakyat. Ini merupakan satu pengajaran buat kami," kata
nya.

Oleh itu jelas beliau, pemilihan harus lebih teliti pada masa depan manakala jentera parti harus lebih mantap dan diperkukuhkan di semua peringkat.

Semua pimpinan dan wakil rakyat di P.Pinang hadir keculi Yb Hj Malik Kassim (berada di luar negara) dan YB Datuk Seri Zahrain.


Anwar juga berkata bahawa wakil rakyat yang sedia ada tidak semestinya akan dipilih semula. Ia akan dipilih berdasarkan prestasi mereka.


Anwar juga memuji PKR P.Pinang biarpun notis singkat tetapi berjaya mengumpul PKR P.Pinang dengan kehadiran yang ramai. Sebab itu beliau memilih P.Pinang sebagai negeri pertama untuk Konvensyen Menggilap Harapan Rakyat.

Anwar juga turut memuji Dr Mansor Othman yang setia tanpa berbelah bagi biarpun selepas 2004 beliau tidak memimpin PKR P.Pinang. Inilah contoh pimpinan yang setia. Beliau berharap Dr Mansor Othman akan membuat perubahan dan dapat memperkukuhkan PKR P.Pinang.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/