SharpShooter Followers

Wednesday, September 16, 2009

Penduduk Tg Tokong sedia pindah


Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan kesediaan untuk berpindah dari kawasan berkenaan sekiranya pemaju UDA Holding Berhad mengeluarkan surat perjanjian yang sah memberi pampasan sekiranya berpindah.

Bagi penduduk Fasa 4 kampung berkenaan, mereka sedia berpindah untuk ke rumah transit demi pembangunan di kawasan berkenaan namun UDA Holding Berhad terlebih dahulu perlu memberikan pampasan.

Wakil persatuan Suara Penduduk Tanjong Tokong Fasa 4 Mohd Messannif berkata, fasa berkenaan mempunyai sebanyak 102 buah rumah di mana 40 daripadanya sudah ke rumah transit dan 40 masih lagi tinggal di Kampung Tokong.

“Kami Suara Penduduk ,mengambil pendekatan dengan pihak pemaju mengeluarkan dokumen perjanjian itu sahaja bezanya.

“Dan sekiranya dokumen perjanjian itu sah dan pihak pemaju dapat menyelesaikan senarai nama yang tercicir dan sebagainya kami pun akan roboh rumah kami dan beri laluan kepada pembangunan. Penduduk Kampung Tanjong Tokong mahukan pembangunan,” katanya.

Beliau tidak menafikan tawaran pampasan yang dijanjikan kepada penduduk adalah lumayan namun tiada perjanjian hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak dan masih banyak isu yang perlu dibincangkan bersama pemaju.

Katanya berdasarkan senarai bancian yang dibuat pada tahun 2003, beberapa penduduk telah tercicir dari senarai banci pemaju menyebabkan sesetengah penduduk hilang kelayakkan mendapat tawaran berkenaan.

Beliau juga berharap bayaran saguhati RM3500 ditambah sebayak RM1500 kerana ia dianggap terlalu sedikit.

Masalah Kampung Tanjong Tokong bermula apabila penduduk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju UDA Holding Berhad yang telah mengisytiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/