SharpShooter Followers

Monday, September 07, 2009

DIMANAKAH KEADILAN UNTUK PENIAGA PASAR RAMADHAN DI CHOWRASTA

Saya tidak mahu dan suka bercakap soal perkauman tetapi saya bercakap soal KEADILAN.

Mengapa peniaga pasar Ramadhan di Chowrasta mahu diusir oleh MPPP? Sedangkan mereka hanya muncul hanya sebulan dalam setahun.

Mujur Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang telah menyelamatkan keadaan kelmarin. Kalau tidak mungkin demo membawa kepala lembu tajaan umno akan berulang pula di P.Pinang.

Masalah ini timbul kerana aduan dan bantahan seorang Ahli Majlis DAP yang memiliki 6 lot kedai di Pasar Chowrasta. Mereka ini berniaga sepanjang tahun di Pasar Chowrasta.

Saya hairan juga apa Ahli Majlis MPPP PKR buat? Sudah jadi Ayam Piru kah? Sudah jadi Burong Tekukur kah? Ingatlah...Jawatan bukan satu kemegahan tetapi satu tanggungjawab yang berat.

Mengapa rungutan dan aduan yang saya terima mutakhir ini berkisar tentang isu MPPP mahu robohkan gerai dan isu ini disokong pula oleh sebahagian Ahli Majlis MPPP termasuk PKR?

Sepatutnya Ahli Majlis MPPP beri tumpuan kepada masalah kilang haram dan rangkaian Restoran Nasi Kandar yang banyak tidak mengikut peraturan.

Mengapa hanya tertumpu kepada peniaga kecil sahaja terutamanya peniaga Melayu. Saya tidak mahu sentuh soal perkauman tetapi anda sendiri tahu peniaga Cina dan India dan Mamak boleh berniaga di tepi jalan sepanjang tahun. Bukan soal perkauman tetapi DI MANAKAH KEADILANNYA?

Saya bercadang untuk menghantar MEMORANDUM KEPADA KETUA MENTERI DAN TIMBALAN KETUA MENTERI P.PINANG TENTANG ISU PENIAGA PASAR RAMADHAN DI PASAR CHOWRASTA.

Lihatlah gambar-gambar di bawah...Berilah peluang kepada semua untuk berniaga...Berniaga itu halal hukumnya...Rasuah itu haram hukumnya...











* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/